Pages

Search This Blog

16 Sep 2015

Cerpen - Love You, XOXO

Bola dilempar. Laju bola berwarna kuning-jingga itu berguling melepasi landasan dan tepat mengena sepuluh buah pin yang berdiri megah dihujung landasan.

            “Strike!” Menjerit gembira.

            Safiya menjeling. Tak habis-habis dapat strike tau lelaki ni. Yang aku dari awal permainan, kalau tak masuk longkang tembak satu pin aje. Tak pernahnya dia jatuhkan lebih dari lima buah pin. “Frust lah macam ni.” Muncung. Tangan disilangkan ke dada.

            Ayish gelak. Dipandang Safiya yang tengah duduk dibelakangnya. Dia mendekat dan melabuhkan duduk berhadapan dengan Safiya. Senyum dihulurkan. “Chill lah. Aku dulu masa memula main pun macam kau juga. Masuk longkang aje.” Dia cuba sedapkan hati Safiya.

            Safiya masih muncung. Nak baliklah macam ni. Menyesal dia rasa sebab mengikut Ayish sampai sini. Ni semua sebab dia dengar ayat manis Ayish lah pagi tadi. Kalau tak, tak adanya dia boleh sampai sini.

            “Dah, your turn.

            Safiya tarik nafas panjang sebelum dihembus. Bila fikir balik, dia dah bayar untuk permainan ni, dan rasa rugi dan membazir kalau dia terus balik rumah tanpa sudahkan permainan ni. Jadi nak tak nak, terpaksa juga dia tamatkan permainan ni.

            Lantas dia bangkit. Dia pandang Ayish bersama mata helangnya. “Kau jangan gelak!” Diberi amaran pada Ayish. Lelaki ni bukan boleh, semedang dia nak gelak kalau bola aku masuk longkang.

            Tapi bila ingat balik, rasa macam Ayish tu buat balas dendam pula. Iyalah, kalau sesekali bola lelaki tu masuk longkang, sampai merah muka Safiya gelakkan lelaki tu. Kiranya lelaki tu nak buat win-win situation aku rasa.

            Ayish angkat kedua tangannya paras bahu. “Confirm tidak.” Dia membalas.
            Safiya bergerak ke arah bola. Bola berwarna ungu gelap dicapainya. Barisan pin yang berdiri megah nun dihujung lane dipandang. Bayang yang pin-pin tu muka Ayish, lempar bola sekuat hati dan..

            Dengar gelak dari belakang. Safiya pantas memandang skrin yang tergantung. What the..? Longkang? Huh, nampak sangat kau tak sanggup nak balas dendam pada Ayish, Safiya.

            Safiya cuba sekali lagi. Tapi tetap dengan keputusan yang sama. Longkang. Haih, aku sumbat juga longkang ni dengan span!

            Tiba giliran Ayish, seperti selalu. Pasti strike yang akan jadi jawapannya. Entah bilalah lelaki tu nak jadi macam dia pula? Ohh tolonglah. Tak sanggup dia nak tengok wajah tayang bangga lelaki tu. Siap dengan senyuman lagi.

            “Fiya..” Panggil Ayish saat Safiya mula memandang tempat lain. Dia pandang lane sebelah. Lelaki yang baru saja membuat pembalingan tadi. Huh, sama aje dengan Ayish. Semedang dapat strike. Hailah nasib, memang aku terikat dengan orang yang selalu buat pembalingan dengan tepat ke?

            “Apa dia?” Safiya pandang Ayish.

            “Giliran kau.” Ayish duduk. Botol air mineral di capai dan diteguk air itu. Dia pandang Safiya yang masih memandang pin dihujung lane. Menggeleng sekejap dia saat tu.

            Sementara Safiya masih lagi ragu-ragu samada nak baling bola ataupun tidak. Tapi jauh disudut hatinya, dia tahu yang pin-pin yang berdiri tu pasti akan ketawa bila bola yang dilemparnya hanya menjadi makanan longkang.

            Wajah nak meraung, Safiya tayangkan. Sumpah aku nak balik! Mama!

            Ayish bangkit dari duduk. Dia berdiri di sebelah Safiya dan letakkan tangannya di bahu gadis itu. Bola yang baru keluar dari mesin diambil dan diserahkan pada Safiya. Dia mengangguk sebelum tersenyum bila Safiya pandangnya.

            “Kau boleh buat, percaya aku.” Dia beri kata-kata perangsang buat Safiya. Siap dengan senyuman manis sekali.

            Safiya mengeluh sebelum dicapai bola itu dari tangan Ayish. Sekali lagi pin dipandang. Apa yang tak kena? Kenapa semuanya masuk longkang? Tengok markah dia dengan markah Ayish, macam langit dengan bumi. Macam anjing dengan kucing. Macam.. Macam-macamlah lagi.

            “Kau nak baling, jangan tengok pin. Tapi tengok arrow kat atas lane tu.” Ditunjuk beberapa anak panah kecil di atas landasan. “Tangan dan bola yang kau baling tu, dia akan ikut arrow.” Jeda. “Kalau kau baling kat arrow tengah, insya-Allah bola akan pergi dekat pin yang tetengah tu.” Dia angguk.

            Safiya pejam mata sebelum dibuka kembali. Dia pandang anak panah. Seperti yang ditunjuk Ayish tadi dia buat balingan bola. Kali ni dia hanya berserah. Kalau kau rasa nak masuk longkang, kau masuklah. Aku dah tak peduli.

            Safiya menunduk. Mengeluh dia lagi. Entah untuk kali yang ke berapa. Satu pin saja yang jatuh? Ohh my.. Tapi, kan ke aku berserah? Ha, biarlah. Hati dia dah tawar sangat nak main bowling lagi selepas ni.

            Ayish senyum. “Ada lagi sekali, do well.” Dia hadiahkan senyuman lagi. Dia tahu yang Safiya boleh buat. Tapi tak semuanya kita akan dapat apa yang kita idamkan. Sebab Allah bagi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita nak. Masih ingat lagi dia pesanan Imam Al-Ghazali itu.

            Safiya hembus nafas. Lelaki yang duduk di meja sebelah dah buka kasut. Nak balik agaknya. Siap capture markah dalam skrin yang buat dia rasa down ni. Nak menunjuk dekat media sosial ke apa?

            Safiya kembali pandang pin. Satu saja yang jatuh tadi. Bola yang baru keluar dari mesin di capai. Cepat dia sudahkan balingan, lagi cepat mereka boleh keluar dari tempat ni. Pin dipandang lagi. Sebelum kaki bergerak perlahan mendekati lane dan bola dilempar.

            Dia pejamkan mata saat bola itu bergolek. Lantaklah bola tu nak pergi mana. Tapi aku harap sangat yang bola tu akan melompat ke lane sebelah dari masuk longkang. Aku harap sangat-sangat.

            Bunyi tepukan dari belakang buatkan dia menoleh. Pandang Ayish dibelakangnya yang sudah tersenyum bersama tepukan ditangan. “Told ya.” Dia senyum sampai nampak barisan giginya. “Good job, dear.” Dia bersuara lagi.

            Safiya yang masih lagi bingung hanya jungkit kening. Apa ni? Apa maksud Ayish? “Kenapa?” Disoalnya Ayish.

            “See that,” Dia tunjuk ke arah skrin.

            Safiya mendongak. Pandang skrin. Dilihat markah-markah yang tertera. Ada tanda pangkah di satu kotak pada markah milik Ayish tanda lelaki itu strike. Dia pandang pula namanya. Rasa malu gila nak pandang barisan markahnya. Lagi teruk dari Ayish.

            Tapi dia terkaku. Dibaca markah itu sekali lagi, dikotak pertama ditunjukkan nombor Satu. Manakala dikotak yang kedua, dibuat tanda strok. Berkelip matanya pandang tanda tu. Se.. Serius? Skrin tu tak main-mainkan dia, kan?

            “See. You got Spare, Fiya.” Suara Ayish mengetuk gegendang telinganya.

            Safiya telan liur. Dia menoleh pandang Ayish. Dicari anak mata lelaki itu. “Aku.. Aku tak mimpikan?” Ditanya Ayish.

            Tergelak lelaki itu bila dengar. Lantas Ayish menggeleng. “You’re not.” Senyum.

            Dalam masa sesaat..

            “Yeahhh!” Safiya menjerit gembira di situ. Pandangan orang lain dia tak peduli. Rasa macam semangatnya datang kembali saat ni. Rasa..

            “Weh, tambah lagi satu game!


DERINGAN telefon mengganggu lena Safiya. Dia berkalih ke kiri bila telefonnya tidak henti-henti berdering. Malas betullah nak angkat telefon waktu-waktu aku tengah sedap tidur ni. Deringan yang mati dengan sendiri buatkan dia tersenyum. Berhenti pun. Dia sambung kembali tidurnya.

            Tapi tak sampai pun dua saat, lagu nada dering Heartbeat Song kedengaran lagi. Safiya mengeluh. Haih nak saja dia menjerit sekarang ni. Bantal dicapai dan ditutup wajahnya. Bingit betul telefon ni. Nak lempar takut pecah pula. Sudahlah tu hadiah dari abang sulungnya.

            Buat kali ketiga, telefon itu berdering lagi. Safiya stres. Dia buka mata dengan geram. Dipandang jam di tepi katil. Tiga pagi? Hoi, mangkuk hayun mana yang mengacau anak dara orang tetengah pagi buta ni?

            Lantas telefon yang lagi sikit nak menyembab lantai di capai. Jatuh telefon aku, memang aku salahkan katil sebab biar telefon aku ada kat hujung tanduk! Nama pemanggil dibaca. Ayish? Hailah anak teruna orang ni. Apa yang dia nak pepagi buta ni? Mengacau saja.

            Bersama mata terpejam, panggilan itu dijawab.

            “Hello Fiya, boleh tolong aku tak?” Kedengaran penat suara itu menerjah telinga Safiya yang masih mamai.

            “Assalamualaikum,” Dia jeda sebelum, “Agama apa kau ni, salam tak ada?” Sensitif bila beragama Islam tapi tak beri salam. Memang tak suka mendoakan kesejahteraan orang eh?

            “Err,” Ayish terkedu. Terlupa dia pasal tu. Nak cepat punya hal. “Waalaikumussalam. Sorry,” Ucapnya.

            “Hmm, tolong apa? Pepagi buta mengacau anak Pak Azlan, tahu dek Pak Azlan habis kau dia ganyang.” Bebel Safiya. Sangat tak puas hati sebab anak Pak Mukriz mengacau tidurnya.

            Ayish tersengih mendengar bebelan Safiya. Masih mamai pun sempat lagi membebel. Hailah Safiya. Ini yang buat aku sayang kau sangat ni. “Boleh tolong ambil aku tak?”

            “What?!” Punyalah terkejut, sampai dia terduduk sembilan puluh darjah. Ayish suruh ambil dia? Sekarang? “Dah pukul tiga weh. Apa kau ingat sekarang tiga petang ke?”

            Ayish sengih lagi. “Tahulah. Aku baru landing ni. Tak ada siapa nak ambil. Famili aku semua balik kampung, ada kenduri tahlil dekat sana.” Jeda. “Kau sajalah harapan aku sekarang ni Fiya.” Rayuan dibuat.

            Safiya mengeluh. Terbit rasa kasihan pada Ayish. Sudahlah penat dan sekarang terpaksa menunggu pula untuk pulang ke rumah. Hailah Ayish Amshar. “Hmm, lagi sejam aku sampai.” Talian mati dan dengan perlahan, dia bersiap.


SAFIYA pandang Ayish di hadapannya. Jelas sangat raut keletihan di wajah kacak itu. Tapi dengan senyuman yang sentiasa meniti di bibir, buatkan raut letih itu berganti. Ohh lupa nak kasitahu, Ayish memang murah dengan senyuman. Jadi tak ada hallah kalau ramai perempuan jatuh chenta pada dia.

            “Thanks.” Ucap Ayish saat Safiya mendekat. Sungguh dia akui, walau hanya berbaju putih bercorak hello kitty dan disertakan dengan kardigen warna hitam, berseluar track suit pula, Safiya tetap nampak cantik.

            “No big deallah.” Dia senyum. “Jomlah.” Ajaknya. Sekarang dah jam empat pagi. Jauh juga lapangan terbang ni dari rumah dia. Ambil masa setengah jam ke empat puluh lima minit. Konfirm-konfirm sampai rumah nanti, azan Subuh berkumandang.

            Ayish angguk. Dengan senang hati ditarik flight bag miliknya. Berjalan beriringan dengan Safiya.

            “Kau kenapa tak bawa kereta datang sini haritu?” Tanya Safiya pelik. Selalunya Ayish akan bawa kereta kalau dia ada penerbangan. Selalunyalah. Tapi tak tahu pula kenapa tidak harini.

            “Saje nak suruh kau ambil,” Jawabnya bersahaja.

            Safiya pandang Ayish pantas. Kecil matanya memandang lelaki itu. “Apa maksud kau sebenarnya?” Siap ternaik kening Safiya menyoal.

            Ayish senyum. Dia rapatkan dirinya dengan Safiya bila terpandang dua pramugari yang lagi enak memandangnya.  “Tak adalah. Haritu, kereta aku ada kawan aku pinjam. Kereta dia rosak, jadi dia pinjam kereta aku bawa famili dia bercuti. Sementara aku ada flight ni, aku kasilah dia pinjam.” Ceritanya jujur.

            Safiya angguk. Serupa itu kisah sebenarnya ya. Patutlah dia tak nampak kereta Ayish masa singgah rumah lelaki tu dua hari lepas. Persoalan sudah terjawab. Dipandang Ayish lagi. “Kau nak pergi memana dulu tak sebelum balik rumah?” Soalnya. Dah alang-alang nak dekat Subuh.

            “Hmm..” Ayish berfikir sejenak. “Teman aku makan. Aku laparlah.”

            Safiya angguk. Dia pun rasa lapar sebenarnya.


PINTU rumah diketuk beberapa kali. Siap itu, dengan loceng sekali dia tekan. Tapi nak dekat sepuluh minit, tuan rumah masih juga belum buka pintu. Tak nak aku datang sini cakaplah. Tak payahlah buat aku macam patung kat depan ni.

            Pintu diketuk sekali lagi. Loceng juga ditekan. Dia nekad, seminit dia tunggu. Kalau dalam masa seminit, tuan rumah masih belum keluar, dia balik.

            Jam dipergelangan tangan dipandang. Empat puluh saat berlalu. Tuan rumah masih belum munculkan diri. Tiga puluh saat berlalu. Pintu masih juga belum buka. Tinggal lima belas saat. Tak ada tanda-tanda yang dia akan disambut si tuan rumah
.
            Sepuluh.. Sembilan.. Lapan.. Tujuh.. Enam.. Lima.. Emp,

            Pintu terbuka. Terjengul wajah mamai Ayish di situ. Dengan berseluar pendek. Berbaju putih kosong. Rambut yang serabai. Mata yang sememeh dengan taik mata. Lelaki itu bersandar malas di daun pintu. Sesekali dia akan menguap.

            Safiya telan liur. Gila buruk rupa Ayish baru bangun tidur. Terkaku dia sekejap sebab inilah kali pertama dia nampak Ayish bangkit lewat. Dia pandang jam, sembilan lima sembilan minit pagi. Ohh tak, sepuluh pagi.

            “Kau nak apa?” Suara serak itu kedengaran.

            “Err,” Safiya tutup mulut kembali. Dia melangkah setapak ke belakang. Gila busuk mulut lelaki ni. Tidur keluar air liur basi ke apa? Dia tahan nafas. Nak sembur rasa macam tak sopan pula walaupun dia rasa dia patut sembur. Tapi, normallah kalau orang baru bangun tidur macam mana, kan? “Kau dah sarapan?”

            Okay. Entah kenapa, pandangan dari Ayish tu buat dia rasa menjerut lehernya. Orang baru bangun boleh aku tanya dah sarapan ke belum? Cubalah tanya, kau dah joging pagi ni ke belum?!

            “Err, aku bawa sarapan. Kau pergilah mandi dulu ke, apa ke, lepastu kau datang kat gazebo.” Safiya melangkah pergi. Lagi seminit dia berdiri kat situ, mahu pitam dia saat tu juga. Gila busuk bau badan Ayish ni. Dia tak mandi ke masa balik Subuh tadi?

            Lima belas minit bukanlah masa yang sangat relevan untuk dia bazirkan. Nasib baiklah dia bawa sekali laptopnya tadi. Boleh siapkan kertas kerjanya yang tinggal sepuluh peratus nak siap tu. Dan dalam masa lima belas minit ni, siap juga kerjanya sementara menunggu Ayish datang ke sini.

            Ia normal sebenarnya kalau lelaki bernama Ayish Amshar bin Mukhriz mandi dan bersiap lama-lama macam ni. Ini kira balas dendam ke apa? Sebab Ayish pernah menunggu dia bersiap selama setengah jam!

            Okay, aku mula rasa yang Ayish tengah buat win-win situation sekali lagi.

            “Hai!” Sapaan itu dibalas Safiya yang tengah duduk di tepi kolam ikan. Dia menoleh. Berdiri Ayish bersama seluar pendek melepasi lutut, baju warna merah kosong dan rambut yang dipacakkan. Hensem sangat weh. Ouh, I’m melting.

            Safiya pantas bangkit. “Kenapa tak cukupkan lagi lima saat aje, cukup setengah jam?” Sempat aku berjogging keliling rumah dia tadi.

            Ayish balas dengan sengihan. “Biasalah, anak teruna bersiapkan lama.” Balasnya. Dia berjala ke gazebo. Disilakan dirinya di situ. Dia tersenyum saat melihat hidangan sarapan pagi terbentang di hadapannya. Sangat menyelerakan.

            “Bakal mak mertua aku yang buat ke semua ni?” Soalnya.

            Safiya pandang Ayish dengan pandangan toya. Dah mula dah dia merepek pasal bakal mak mertua bagai ni. “Ha. Bakal mak mertua kaulah yang buat sarapan ni. Nak harapkan aku, jauh panggang dari api.” Dia capai huluran penutup yang menutup hidangan dari menjadi santapan lalat daripada Ayish. Air teh panas dari dalam termos dituangkan ke dalam cawan plastik berwarna oren.

            “Let me lead,” Bersama itu, kedua mereka mengangkat tangan. Safiya mengaminkan doa makan yang dibaca Ayish.

            Sambil bersarapan, mereka berbual. Selalunya, selalunyalah, Ayish pasti akan menghubunginya pagi-pagi bila Ibunya tiada di rumah. Tujuannya, mahu menyuruhnya menemani lelaki itu bersarapan. Atau maksud tersiratnya, menyuruh dirinya mengajak lelaki itu bersarapan di rumanya.

            Tapi pagi ini, tanpa disuruh Ayish, dia sendiri merelakan diri datang ke rumah Ayish membawa sarapan. Tapi dia masih punya agama untuk tidak masuk ke dalam rumah Ayish. Sudahlah keluarga Ayish tiada di rumah. Kang saja aje mereka kena tangkap basah. Jujur, dia tak suka basah, dia lagi suka kering! Heh?

            “Hmm Ayish..” Panggil Safiya di waktu lelaki itu sedang enak menyumbat mi goreng ke dalam mulut. Masakan Mama Safiya memang lazat. Tapi, masakan Ibu dia lagi lazat dia rasa. Ah, dia tak tahu nak buat perbandingan bila masakan kedua-duanya lazat macam ni. Buntu.

            “Kau fly lagi bila?” Tanya Safiya.

            Ayish angkat wajah. Dia cuba mengingat jadualnya. “Hmm, minggu depan aku rasa.” Jeda. “Kenapa?” Di pandang Safiya.

            Safiya angguk. “Pergi mana?” Soalnya lagi. Pertanyaan Ayish dia ganti dengan persoalan baru.

            “Aussie. Itupun dekat seminggu aku kat sana.” Ayish mula pelik. Pelik sebab sebelum ni Safiya tak ambil tahu langsung pasal penerbangannya. Sebab katanya, dia tak sanggup nak ingat hari berpisahnya dia dengan Ayish walaupun hanya tiga hari. Ini kenapa dia menyoal pula?

            Safiya angguk lagi. Sungguh, dia berat hati sebenarnya nak beritahu Ayish. Tapi.. “Harini kau free tak?” Disoalnya lagi. Dia rasa nak luangkan masanya dengan Ayish dalam seminggu ni. Lakukan aktiviti kesukaan mereka. Bersama-sama.

            Ayish jatuhkan wajahnya. Mengangguk dia dua kali.

            “Tak rasa nak tidur sepanjang hari?” Iyalah, Ayishkan baru balik Subuh tadi. Takkan lelaki tu tak penat?

            Ayish menggeleng. “Kau ni peliklah. Kenapa kau tanya aku soalan-soalan tu semua?” Kerutan mula tampak di dahi Ayish Amshar. Mesti ada yang tak kena kalau Safiya tanya soalan yang langsung gadis itu tak pernah tanya sebelum ini.

            Safiya senyum. “Teman aku, jom.” Ajaknya ceria. Dia tak sanggup nak beritahu perihal itu. Takut andai dia tarik balik keputusan yang sudah dia buat sepanjang enam bulan ni.
            “Pergi mana?” Mi goreng disumbat dalam mulut.

            “Ice skating!” Dia senyum. Dah lama dia tak pergi sana dengan Ayish. “Serius, aku rasa nak buat benda yang kita buat sebelum ni. Macam nak ulang balik semuanya. Would you?” Matanya bertentang dengan anak mata hitam Ayish.

            Ayish kerut dahi lagi. “Why out of sudden?” Soalnya bingung.

            Safiya jungkit bahu. “Well.. Aku tak ada jawapan skema untuk pertanyaan tu.” Jeda. “I’m just.. Teringin.” Sambungnya lagi.

            Ayish angguk. Fahamlah dia kenapa Safiya tanya soalan pelik-pelik tadi. “Teringin atau rindu, sebenarnya?” Ayish senyum nakal.

            Safiya menggeleng. “Teringinlah.” Dia sangkal pantas. Dia takut, dia rindu nak buat semua benda ni akan datang. Itu saja.

            “Iyalah.” Jeda. Air teh suam dicapainya. “Kasi aku lima minit, biar aku tukar baju.” Dia letak pinggan di hadapannya.

            “It half an hour I think.” Safiya sambung menyumbat sandwich dalam mulutnya. Harap sangat yang Ayish dengar.

            Ayish gelak kecil. “Ya, I guess.


SARUNG tangan dipakai. Selesai pakai semua peralatan, tak banyak sangat aku rasa. Hanya kasut dengan sarung tangan aje, mereka melangkah masuk ke dalam gelanggang ais. Sejuk tak terkata. Nasib baiklah pakai sarung tangan. Kaki pun bertutup.

            “Jom luncur.” Ajak Ayish. Dihulurkan tangannya untuk disambut Safiya.

            Safiya hanya pandang huluran tu. “Err, tak nak warming up dulu ke?” Soalnya. Dah masuk sini, baru dia ingat yang dia pernah jatuh dua kali. Sakitnya tak terkata. Bangun esok pagi, sakit tangan dan kakinya sebab jatuh. Padah.

            Ayish gelak. Bila masanya pula main lunjur ais ada aktiviti panaskan badan? Orang dah ghairah nak meluncur, mana ingat nak panaskan badan. “Come onlah, dear. Kau dah pandai meluncur pun kan. Nak takut apa lagi?” Tanya Ayish.

            Jenuh jugalah dia dengan Safiya datang sini sebab Safiya memaksanya mengajar gadis itu meluncur ais. Nasib baiklah masa tu dia tak ada terbang ke mana-mana. Dah setelah hampir seminggu jadi tenaga pengajar tanpa gaji, akhirnya Safiya pandai juga meluncur ais. Itupun setelah banyak kali gadis itu jatuh.

            “Itulah masalahnya. Aku dah lama tak meluncur, takut jatuh lagi.” Dia gigit bibir.

            Ayish senyum. “Iyalah. Jom, luncur perlahan-lahan dulu.” Ajaknya. Tangan Safiya dipegang dan mereka mula meluncur. Setelah membuat satu pusingan, mereka mula ke tengah gelanggang. Bersama dengan orang ramai, mereka meluncur ais di situ.

            “Eh, aku nak buat yang macam tu.” Sambil menunjuk pada seorang lelaki yang meluncur gaya zig-zag.

            Ayish senyum. “Kau tahu tak?” Soalnya. Sebab masa sesi latihan itu hari, dia terlupa nak ajar Safiya gaya zig-zag macam tu.

            Safiya sengih. “Ajar akulah,” Suruhnya lebih kepada arahan.

            Ayish mula sekali lagi menjadi tenaga pengajar tak bertauliah pada Safiya. Tapi dia suka mengajar Safiya kerana gadis itu senang menangkap apa yang diajarkan olehnya. Contoh anak murid yang bagus.

            Setelah satu jam, mereka keluar dari gelanggang ais. Kasut diserahkan pada pemilik gelanggang ais setelah memakai kasut memasing.

            Mereka berjalan dalam pusat beli belah itu. Bermacam ragam manusia boleh dilihat dalam pusat itu. Berbilang agama, bangsa dan juga budaya. Andai tiada tiga puak ini, pasti dunia tidak seindah mana.

            “Eh, pergi sana jom.” Ajak Ayish. Dia tarik tangan Safiya dan berhenti di hadapan gerai kecil ditengah-tengah jalan. Kedai jual barang kemas wanita yang plastik. Maksud plastik kat sini, bukannya barang-barang tu semua diperbuat daripada plastik. Bukan. Tapi barang tu bukan original. It's clone.

            Barang menjual cincin dihampiri. Safiya jadi rambang mata bila melihat pelbagai jenis dan corak cincin di hadapannya, walaupun bukan yang asli. Dipandang Ayish di sebelahnya. Lelaki itu juga tersenyum melihat deretan cincin di hadapan mereka berdua. “Apa tujuan kau bawa aku datang sini sebenarnya?” Tanya Safiya hairan.

            Ayish senyum. “Beli cincin.” Balasnya pendek. Di cuba sarungkan sebentuk cincin yang menjadi perhatiannya di jari kelingkingnya. Hmm, tak muat. Dicuba cincin yang lain. Dan seterusnya.

            “Untuk siapa?” Tanya Safiya. Untuk kekasih Ayish ke? Tapi, siapa girlfriend lelaki ni? Dan kenapa dia tak tahu? Tapi, eh kejap! Takkanlah dia nak kasi makwe dia cincin plastik macam ni? Sangat tak masuk akal.

            Ayish hanya jungkit bahu. Dia masih lagi mencari dan tercari cincin yang sesuai. Lantas dipandang Safiya di sebelahnya. “Apa kata kalau kau yang pilih mana yang sesuai?” Cadangnya.

            Safiya terkejut. “Tapi kenapa aku?”

            Sekali lagi Ayish jungkit bahu. “Kau pilih aje mana yang kau berkenan. Anggap macam cincin ni untuk kau.” Ujarnya lagi.

            “Are you serious, Yish?

            “I am.” Angguk.

            Tak tunggu sesaat, Safiya pantas memilih cincin yang menjadi idaman kalbunya. Walaupun bukan original tapi, apa peduli. Bukannya orang perasan pun.

            Lantas, sebentuk cincin berwarna platinum menjadi idamannya.


“PERGI mana?” Tanya Ayish. Sebaik saja membeli cincin, mereka singgah di medan selera untuk menjamu tengah hari walaupun sekarang dah jam empat petang. Tengah harilah sangat~

            “Hmm, bowling jom.” Ajaknya bersama senyuman lebar. Masih diingatnya lagi beberapa minggu lepas yang markahnya hanya beberapa angka saja mahu menyamai markah Ayish. Rasa bangga di situ.

            Ayish gelak kacak. “Kita lawan, nak?” Cadangnya. “Siapa kalah, kena belanja karaoke esok.”

            Safiya senyum. Tak ada hallah kalau nak belanja karaoke. Dia dengan Ayish pun memang minat karaoke. Jadi, kalau duit dilaburkan di situ, rasa berbaloi. “Okay,” Dia setuju.

            Di pertengahan jalan menuju ke tingkat lima, Ayish tiba-tiba menghentikan langkah di tengah-tengah pusat membeli-belah itu. Sekaligus, langkah Safiya juga berhenti secara tiba-tiba. Dan yang lebih mengejutkan Safiya apabila Ayish melutut di hadapannya sambil menghulurkan sebentuk cincin yang mereka beli tadi.

            “Ayish?” Berkerut-kerut dahi Safiya. Ditarik Ayish supaya berdiri, tapi lelaki itu mengeraskan tubuhnya. Kenapa dengan Ayish ni?

            Mata hitam Ayish bertentang dengan mata hitam Safiya. Lelaki itu senyum. “Nik Safiya binti Nik Azlan, will you be my ‘bestfriend’?” Soal Ayish lancar.

            Safiya tergamam. Apa yang lelaki ni cuba lakukan sebenarnya? Di tengah-tengah khalayak ramai macam ni? Dan, di pusat membeli-belah? Ohh my Ayish.

            “Ayish..” Jeda. “Kitakan memang bestfriend, untuk apa kau buat ni?” Safiya menunduk. Tahu yang orang ramai mula menggerumi mereka. Ahh, malunya.

            “Kita tak rasmi lagi jadi bestfriendlah. Ni aku nak rasmikan,” Dia gelak.

            Safiya juga gelak. Ada juga eh nak jadi sahabat pun kena rasmi. Sesuatu yang dia belajar dari Ayish hari ni.

            “Would you, Safiya?” Disoalnya lagi. “Please accept. Kau jangan malukan aku,” Sempat Ayish berbisik.

            Safiya gelak. Aku tak suruh pun dia buat. Dah dia yang gatal nak buat. Jadi jangan salahkan aku andai aku menolak. Tapi..

            “Fiya?” Panggil Ayish lagi. Lenguh sudah dia macam ni. Orang pula mula ramai menggerumi mereka. Kayak artis sajalah.

            “Manusia mana yang menolak, Ayish?” Soal Safiya sebagai hint.
            “So your answer?

            “Aku terima.” Dia senyum. Lantas dia hanya membiarkan bila Ayish menyarungkan cincin itu di jari manis kirinya.

            “Thanks.” Dia bangkit.

            Safiya senyum. It’s just nice to be like this. Sekali-sekala dapat perhatian masyarakat. Nak juga dia glamour. Siapa tak nak, kan?

            “Ini rupanya rasanya melamar orang. Sangat nervous.” Sempat Ayish menyeka peluh di dahinya. Safiya dah gelak. Itulah, menggatal lagi buat macam tu. Tapi jauh di dalam hati, dia mengiyakan apa yang dibilang Ayish tadi. Macam ni rupanya bila menerima ‘lamaran’ orang. Sangat berdebar jantung ni. Ohh hati,


SAFIYA menapak menuruni anak tangga. Tiba di ruang tamu dia mencari kelibat Mamanya. Tapi tak ada. Hanya ada Ayah dan juga adik lelakinya. “Mama mana, dik?” Tanyanya pada si adik yang tekun menonton kartun Boboiboy. Umur dah nak ambil SPM, tapi layan juga kartun ni? Hailah adik.

            “Kat luar. Siram-siram,” Pendek jawapan balasnya. Mata masih lagi memandang kaca televisyen.

            Siram-siram? Safiya pandang jam. Memang patutlah pun. Sekarang dah jam sepuluh pagi, Mama memang akan menyiram pokok bunga kesayangannya waktu pagi macam ni, dan waktu petang nanti. Menjadi seorang anak kepada penggemar bunga sangat membuatkan dirinya tahu segalanya mengenai bunga.

            “Ada apa cari Mama?” Suara Mama kedengaran. Safiya pantas menoleh ke muka pintu. Masuk Mama bersama kain di bahunya. Kain lap peluh aku rasa. Mama ni siram bunga ke basuh bunga sampai berpeluh segala?

            Safiya menyengih. “Sajalah rindu Mama.” Dia senyum pula. “Bila nak sarapan ni Ma? Fiya dah lapar lorh.” Sambil pegang perut kempisnya. Malam tadi dia tak makan nasi. Mana taknya, kalau Ayish tarik dia bawa makan burger McDonald. Ingat dia masuk sangatlah makan burger memalam?

            Puan Hafizah senyum dengan gelagat anaknya. Anaknya hanya dua orang. Lelaki dan perempuan. Hilang anak perempuannya, memang tak ada lagilah anak perempuan yang lain. Begitu juga sebaliknya. “Jomlah makan. Ajak Ayah dengan adik kamu sekali,” Dia melangkah ke dapur.

            “Kakak lawa-lawa ni nak pergi mana?” Tanya Nik Shahir bila semuanya sudah berada di meja makan. Di pandang pakaian kakaknya. Kakaknya cantik berbaju blouse warna ungu cair bersama sling bag yang diletak di kerusi sebelah. Rambut kakaknya diikat satu dan dihujung kepala terselit cekak rambut nipis berwarna ungu gelap.

            Safiya sengih. “Nak keluar sekejap,” Balasnya.

            “Pergi mana?” Tanya Nik Shahir lagi. Kotlah dia boleh ikut sekali ke. Dia pun bosan juga duduk terperap kat rumah belajar. Nak keluar, dia malas. Tapi kalau kakaknya ajak sekali, confirm dia akan ikut punya. Sebab dah lama dia tak keluar bersama-sama dengan kakaknya.

            “Jalan-jalan.” Balasnya pendek. Tak mahu memberi jawapan yang spesifik kepada adiknya. Macamlah dia tak tahu yang adiknya tu tunggu masa aje nak diajak bersama. Keep dreaming ajelah, dik.

            “Dengan Ayish ke, Fiya?” Tanya Encik Nik Azlan pula minta kepastian. Malam tadi isterinya ada beritahu bahawa anak gadisnya itu ada meminta izin untuk keluar bersama Ayish hari ni.

            Safiya hanya angguk ekoran mulutnya penuh dengan roti bakar. Tangannya lincah sapu jem pada roti.

            “Kakak dengan Abang Ayish tu ada apa-apa ke?” Tanya Nik Shahir. Teringin juga dia nak tahu apa hubungan yang sebenarnya antara kakaknya dengan Abang Ayish tu. Dari sekolah menengah sampai sekarang bersama. Takkan tak punya apa-apa hubungan kot. Musykil dia.

            “Ada apa-apa, apa?”

            Shahir mencebik. Buat tak faham pula. “Kakak suka Abang Ayish ke?” Soalnya.
            Safiya gelak. “Perempuan mana tak suka dia?” Jeda. “Tanya Mama, Mama pun suka juga dengan Ayish tu. Kan Ma?” Dipandang Puan Hafizah.

            Puan Hafizah yang tak tahu hujung pangkal cerita hanya mengangguk. Safiya senyum dengan anggukan blur itu. Sementara Shahir, sudah menggeleng.

            Bunyi mesej yang masuk buatkan Safiya pantas membuka lock panggilannya. Ada mesej dari Ayish yang mengatakan lelaki itu sudah tiba di hadapan rumahnya. Dia tidak membalas tetapi memandang kedua orang tuanya.

            “Ayish dah sampai. Fiya pergi dulu,” Dia bangkit. Sling bag di pakai. Dia cuci tangan sebelum mengelap tangannya sehingga kering. Kemudian disalam kedua orang tuanya. Tidak lupa juga menghulurkan tangan pada adiknya.

            “Assalamualaikum,” Ucapnya sebelum beredar.


CUITAN di bahunya buatkan Safiya menoleh. Dia senyum pada Ayish yang baru tiba di belakangnya. “Dah?” Soalnya. Sudah setengah jam mereka di kedai buku ni. Membaca dan memilih buku yang sesuai untuk dibeli.

            Ayish angguk. “Kau?” Disoal Safiya kembali.

            Safiya hembus nafas. Dijeling satu buku dirak paling atas. “Tolong aku ambil komik tu.” Sambil menunjuk komik Lawak Kampus. “Tak sampai lorh,” Dia sengih. Ingat nak tarik saja kerusi berhampirannya dan panjat kerusi untuk ambil komik tu, tapi sebab dah ada Ayish, suruh lelaki tu sajalah.

            Ayish gelak. “Cepat sikit tinggilah. Lenguh aku asyik menunduk ke bawah saja.” Bebelnya lebih kepada bercanda. Lantas dicapai komik tu. Safiya dengan Lawak Kampus, memang tak boleh dipisahkan.

            Safiya yang mendengar kutukan itu pantas menepuk dada Ayish dengan novel setebal tujuh ratus muka surat di tangannya. Haish, sensitif betullah bila hal ketinggian dibicarakan. “Nanti balik aku makanlah kalsium bebanyak. Biar tinggi macam tiang elektrik!” Komik di tangan Ayish diambil.

            Mereka bergerak ke kaunter pembayaran. Safiya menyilangkan tangannya ke dada bila juruwang itu menyatakan jumlah harga yang perlu mereka bayar. Tapi bila sudah lebih dua saat dia menunggu, tapi tiada tanda yang duit akan dihulur pada juruwang, pantas dia memandang Ayish. “Weh, bayarlah!” Suruhnya.

            “Eh, buku aku satu aje. Kau punya yang banyak, jadi kaulah yang bayar.” Sangkal Ayish. Dia bersiul sambil pandang syiling kedai buku. Tiada tanda yang dia mahu bayar jumlah harga buku-buku tu.

            “Aku perempuanlah, Ayish. Kau kan lelaki,”

            “Jadi?”

            “Lelakilah yang kena bayar.”

            “Tak ada dalam undang-undang Malaysia pun lelaki yang kena bayar?”

            “Ayishh..” Safiya sudah mula merengek. Bukan dia tak nak bayar, tapi biarlah ini buku terakhir yang akan dibayarkan Ayish untuknya. Sebab selepas ni, mungkin dah tiada lagi waktu-waktu macam ni.

            Ayish mendengus. “Iyalah,” Dia mengalah. Lantas dicapai dompetnya dari kocek seluar. Beberapa not sepuluh ringgit dihulurkan pada juruwang yang hanya memandang mereka berdua semenjak tadi.

            “Nak resit?” Tanya juruwang itu.

            “Boleh juga,” Jawab Ayish pantas. “Boleh aku claim balik berapa duit yang aku dah keluar dari kau.” Dia berbisik pada telinga Safiya.

            Safiya cebik bibir. Tak gentle langsunglah Ayish Amshar ni. Dengan aku kawan baik dia pun nak berkira. Apalah. Kaki dilangkah keluar dari kedai buku.

            “Next destination?” Tanya Ayish saat dia baru mendekati Safiya di luar kedai.

            “Wayang?” Tanya Safiya minta persetujuan.

            “Okay,” Setuju.


JAM dikerling. Lambat pula Ayish ni. Aku yang perempuan dah siap solat dah, yang dia masih lagi kat dalam. Nak kata bersolek, dia lelaki. Lantas kaki dibawa mendekati satu kedai yang menjual aksesori telefon. Bahagian casing telefon dihampiri. Bolehlah dia tukar casing telefon dia hari ni.

            “Yes miss?” Tanya seorang lelaki cina bermata sepet berbaju biru itu. Tersenyum dia melayan pelanggannya petang itu.

            “I nak cari casing untuk Samsung S5, ada tak?” Tanya Safiya. Dah lama juga dia tak menukar sarung telefonnya. Dah hampir enam bulan.

            Lelaki cina itu menunjukkan barisan casing untuk Samsung S5 yang dimahukan Safiya. Rambang mata Safiya melihat barisan sarung telefon itu. Ada warna emas, warna merah, warna hitam, merah jambu, silver dan juga ungu. Aduh, mana satu nak pilih ni?

            “Berapa eh satu?” Soal Safiya.

            “Satu, lima belas ringgit. Dua, I kasi dua puluh lima ringgit.” Balas lelaki cina itu.

            Safiya angguk. Baik dia beli dua saja. Dah jimat lima ringgit. Tapi, warna apa dia nak pilih? Aduh, kenapalah masa-masa macam ni mata aku nak rambang bagai?

            “Fiya?” Panggilan dari seseorang buatkan dia menoleh. Ayish dah sampai rupanya. Pantas dia tersenyum. “Kau buat apa ni?” Tanya Ayish.

            “Beli casing phone.” Jeda. “Kau tolong aku pilih warna weh. Rambang mata pula tetiba.” Dia sengih.

            Ayish menggeleng. Dilihat warna-warna yang dipamerkan sebelum dia kembali memandang Safiya semula. “Kau nak beli berapa ni?” Soalnya.

            “Dua.” Sambil angkat dua jarinya.

            Ayish angguk dan kembali menilik warna itu. Warna merah dan emas menjadi pilihannya akhirnya. Selesai membuat pembayaran (kalini Safiya yang bayar sendiri lepas Ayish pantas keluar dari kedai berkenaan), mereka berjalan ke tengah-tengah pusat membeli-belah itu.

            “Pergi mana pula ni?” Tanya Ayish. Satu mall ni mereka dah jelajah.

            “Aeon Big sekejap. Aku nak beli barang sikit.” Jawab Safiya. “Jangan risau, Mama-Ayah aku dah kasi duit.” Sempat dia bersuara.

            Ayish yang baru nak mula langkah sudah tersenyum kelat. Macam tahu-tahu saja yang aku tengah lokek sekarang ni. Dia tersenyum akhirnya.


“KAU nak buat apa barang bebanyak tu?” Sambil menunjuk pada troli di sebelah mereka. Inikah yang Safiya cakap sikit tadi? Penuh satu troli dia cakap sikit?

            Safiya senyum. Macam mana dia nak beritahu Ayish? Jujur dia tak sampai hati. Dia takut akan penerimaan Ayish nanti. “Mama aku suruh belilah,” Lantas itu diberi sebagai jawapan.

            Ayish angguk. “Bakal mak mertua aku nak buat apa dengan jajan, biskut ni semua?” Tanya Ayish musykil. Kenapa dia rasa yang barang-barang ni semua kepunyaan Safiya?

            Safiya kelu lidah. Dipandangnya Ayish lama. Dia senyum bila Ayish jongketkan kening. “Bakal mak mertua kau kan suka baking. Mungkin ni bahan-bahan untuk buat kek rasanya.” Dia berbohong lagi.

            Kali ini Ayish hanya angguk dan teruskan sesi suapan makanannya. Selepas penat tawaf satu mall, lepastu makan ais batu campur pun sedap juga. Hilang sudah rasa kering tekaknya tadi.

            Tapi, kenapa kalini dia rasa yang Safiya menipunya? Dia tak pernah rasa macam ni sebelum ni. Betulkah apa yang dirasai hatinya saat ni? Tapi kalau salah pula macam mana? Ahh, husnudzon Ayish. Itu adalah seeloknya.


MASA seakan lambat bergerak. Jantung Safiya tenang mengepam darah ke seluruh tubuh badannya. Jemari mula meramas sesama sendiri. Dan berhenti tatkala terpegang cincin di jari manisnya. Wajahnya ditundukkan. Memerhati sebentuk cincin plastik yang dibeli lambang persahabatan mereka.

            Satu keluhan dilepaskan.

            Kenapa dia rasa rumit sangat keadaan sekarang ni? Kenapa dia rasa seakan berat nak melangkah pergi? Kenapa? Sebab dia tak beritahu Ayish? Mungkin,

            “What happen, kak?” Datang Shahir bersama lolipop yang dikulum dalam mulutnya. Semenjak tadi lagi dia melihat kakanya resah di ruang tamu ni. Nak pergi kejar cita-citalah sepatutnya seronok. Tapi lain pula kakaknya yang seorang ni. Kenapa?

            Safiya menoleh. Pandang Shahir di sisinya. Dia hembus nafas perlahan. “Kenapa akak tak rasa seronok nak pergi?” Disoal adiknya yang memang tak punya jawapan untuk pertanyaannya tadi.

            Shahir jungkit kening. Tak rasa seronok nak pergi? “Kenapa? Akak ada masalah yang tak selesai lagi ke?” Tebaknya.

            Safiya menggeleng. Dia tak ada sebarang masalah. Tapi, “Akak tak beritahu Ayish yang akak nak pergi.”  Perlahan ayat itu. Tapi dia tahu adiknya mendengar. Mengeluh lagi.
            Shahir senyum. Patutlah. “Kenapa akak tak beritahu Abang Ayish lagi?” Soalnya.
            Safiya geleng kepala. “Tak sampai hati,” Balasnya.

            Shahir senyum lagi. “Tak sampai hati atau akak takut akak rindukan Abang Ayish nanti?” Selorohnya.

            Safiya angkat kepala. “Maksud kau?” Tak faham.

            Shahir jungkit kedua bahunya. Tersenyum dia pandang dahi kakaknya yang berkerut. “Kasitahulah Abang Ayish pasal ni. Lusa akak nak bertolak dah,” Saran Shahir.

            “Kalau penerimaan dia tak macam yang akak sangka, macam mana?” Tanya Safiya pantas. Dia takut akan penerimaan Ayish sebenarnya.

            Shahir jungkit keningnya. “Akak sangka penerimaan Abang Ayish yang macam mana?” Disoal kembali. “Takut dia takkan lepaskan akak pergi?” Tebaknya. Peliklah kakaknya. Kata hanya kawan. Tapi kenapa sampai macam ni? Macam pasangan kekasih saja. Atau, memang mereka tengah bercinta sekarang ni, dan kakaknya tak beritahu kebenaran itu?

            Safiya hanya sekadar jungkit kedua bahunya. Jujur, dia sendiri tak tahu apa yang hati dan akalnya fikir dan mahukan. Fikirannya bercelaru.


SAFIYA hanya pandang luggage miliknya yang dibawa keluar dari bonet kereta oleh Ayah dan Adiknya. Segala beg-beg miliknya diserahkan pada dua lelaki itu untuk mengangkutnya. Bukan dia tak mahu tapi berat. Sangat berat. Macam mana dia nak angkut segala beg dia nanti pun dia tak tahu macam mana.

            “Are you ready?” Tanya Shahir di sebelahnya. Berkerut-kerut dahi adiknya menarik beg kakaknya. Gila berat. Letak anak gajah ke caner?

            Safiya tarik nafas panjang sebelum dihembus. “I’m ready.” Jawabnya perlahan.

            “So, let’s go.” Ajak Shahir.

            Safiya angguk dan mulakan langkah mengiringi adiknya. Mama dengan Ayah sudah ke hadapan mahu memeriksa tiket penerbangannya. Mereka menunggu di kerusi yang disediakan di tengah-tengah lapangan terbang.

            “Nak air tak?” Tanya Shahir. Dia haus sebab angkat beg kakaknya yang berat tu. Tu baru tiga tahun dah berat macam tu. Kalau tiga puluh tahun? Sungguh dia tak dapat nak bayangkan macam mana beratnya. Mahunya jatuh kapal terbang nanti.

            “Coffee.” Balasnya pendek. Mungkin tak nak dia mengantuk dalam penerbangan nanti. Safiya pandang sekeliling. Mencari sesuatu yang mungkin menarik pandangannya untuk dilihat sebelum meninggalkan bumi Malaysia.

            Dan matanya terhenti pada mata seseorang yang tepat menikam mata hitamnya. Nun dihujung sana. Duduk seorang lelaki sambil memandangnya tajam. Wajah itu tidak beriak. Dan jantung Safiya mengepam darah laju saat lelaki itu bangkit mendekatinya.

            Ya Allah. Jangan Kau buat dia datang sini. Tolonglah jangan.

            Tapi belum sempat doanya dimakbulkan, langkah lelaki itu sudah berhenti di hadapannya. Berkerut dahi lelaki itu melihatnya bersama beg-beg di sebelah.

            “Fiya?” Panggil Ayish hairan. “Kau buat apa kat sini? Bercuti?” Tanya Ayish kemudiannya. Gadis ini tak beritahu apa-apa pun mengenai ini. Ohh ya, patutlah minggu lepas Safiya tanya dia bila penerbangannya seterusnya. Dia faham sekarang. Tapi Fiya nak pergi mana?

            “Err err..” Safiya kelu lidah. Saat inilah yang paling dia mahu elak sangat dari awal. Kalau boleh, dia tak nak masa ini tiba. Dia tak nak berpisah jauh dengan sahabatnya dunia akhirat.

            “Nah kak,” Datang Shahir menghulur satu tin coffee pada kakaknya. Kemudian Shahir menyapa Ayish di hadapan kakaknya. “Eh, Abang Ayish pun ada?” Teruja dia menyambut kedatangan lelaki itu.

            Ayish senyum. “Kauorang nak bercuti dekat mana?” Tanya Ayish pada Shahir. Sebab dia tahu, kalau tanya Safiya pasti gadis itu akan mendiamkan diri. Dan sudahnya, jawapan yang dia mahukan takkan terjawab sampai bila-bila.

            Shahir pandang kakaknya bersilih ganti dengan Ayish. Hmm, kakaknya tak beritahu Abang Ayish perkara sebenar ke? “Kitaorang bukan pergi bercuti, abang.” Dia buka mulut. Lambat laun, Abang Ayish perlu tahu juga perihal ini.

            Dahi Ayish berkerut. Dah kalau bukan bercuti, pergi mana? Manusia takkan saja-saja melepak buang masa dekat lapangan terbang ni kalau bukan nak pergi luar negara. “Habistu?” Soalnya ingin tahu.

            “Kakak nak sambung belajar.”

            Safiya pejam mata saat dia perasan panahan mata helang itu. Wajahnya ditundukkan. Maafkan aku, Ayish. Aku tak sampai hati nak kasitahu kau. Sumpah.

            “Kat mana? Berapa tahun?” Dua soalan diutarakan Ayish pada Safiya. Sedikit terkilan bila dirinya tidak dikhabarkan mengenai ini. Nada suaranya juga berubah. Sedih. Lepasni, dia dah tak ada sahabat lagi nak diajak berbual bila bosan. Dah tiada manusia yang sudi melakukan aktiviti kesukaan mereka bersama-sama.

            “Kat Aussie dalam empat tahun.” Jawapan itu dijawab Shahir bagi pihak kakaknya.

            Lama Ayish pandang wajah Safiya. “Kenapa tak kasitahu aku benda ni?” Soalnya lirih. Jatuh semangatnya pagi ni. “Kita sahabatkan? Kenapa kau langsung tak beritahu sahabat kau pasal ni? Kenapa, Fiya?” Longgar lututnya saat ni.

            “Ayish!” Ayish menoleh bila namanya dipanggil dari belakang. Kaptennya sudah memandangnya dan membuat isyarat segera masuk ke pesawat. Lantas dia mengangguk. Dia kembali pandang Safiya.

            “It much more better if you told me earlier about this.” Jeda. “Aku kecewa dengan kau sebab tak beritahu aku langsung pasal ni.”

            “Ayish, aku..”

            “What?

            Lama Safiya pandang mata Ayish. Dan dia bersuara, “Aku.. Aku tak sampai hati nak beritahu kau.”

            “Tak sampai hati?” Ayish senyum sinis. “Sejak bila kau jadi manusia yang tak sampai hati?” Jeda. “Seriously, aku kecewa dengan kau.” Ayish pusing dan melangkah pergi bersama hati yang pilu. Kenapa saat dia mahu pergi baru aku tahu tentang pemergiannya? Kenapa? Empat tahun.. Empat tahun aku hidup tanpa sahabat di sisi. Mampukah aku untuk menempuh hidup ni tanpa dia?



EMPAT TAHUN KEMUDIAN..

Safiya bermain-main dengan jemarinya. Tidak sudah-sudah matanya memandang jam yang tersangkut di dinding. Mana dia ni? Jangan buat hal sudahlah. Jangan malukan keluarga juga. Kalau tidak, memang sampai ke lubang arnab aku cari kau!

            “Mana dia ni?” Soalnya sendiri. Sudah setengah jam masih juga belum nampakkan batang hidungnya. Janji jam sepuluh pagi, sekarang dah jam sepuluh tiga puluh minit pagi. Ohh Amir, jangan buat aku fikirkan yang bukan-bukan.

            “Dia akan datang, jangan risau.” Shahir di sebelah menentramkan jiwa kakaknya. Sungguh dia pun sudah berfikir yang bukan-bukan sekarang ni.

            “Kalau dia tak datang macam mana?” Tanya Safiya takut. Hatinya mahu menangis saat ini. Mana Amir Ashraf ni?

            Dibawa pandangan pada Tok Kadi dibahagian hadapan. Tok Kadi itu sudah membelek telefonnya sambil menunggu kedatangan pengantin lelaki. Haraplah Tok Kadi tu leka main telefon sampai pengantin lelaki tiba ya. Harap sangat.

            “Jangan fikir bukan-bukan,” Sangkal Shahir. Kakaknya ni sudahlah cepat sangat buat spekulasi sendiri. Mahunya apa yang dirumuskannya jadi kenyataan, memang menangis tak berlagulah nanti.

            Sonia, adik sepupu Safiya datang dan duduk di sebelahnya. Dihulurkan telefon bimbit milik Safiya pada empunya tuan. “Ada orang telefon,” Beritahunya.

            Takut-takut Safiya menjawab panggilan itu. Sempat dipandang wajah Mamanya yang hanya tersenyum sekaligus menenangkan hatinya yang bercelaru. “Hello Assalamualaikum,” Sapanya pada pemanggil dihujung talian.

            “Waalaikumussalam, Fiya?”

            “Amir?” Safiya kenal dengan pemilik suara ni. Amir, tunangnya merangkap bakal suaminya. “Mana awak? Kenapa tak sampai lagi? Semua orang dah tunggu awak,” Sedikit ceria suaranya saat mendengar suara Amir dihujung talian. Amir guna telefon siapa ni hubungi dia? Patutlah tiada nama pemanggil tadi.

            “Err Fiya,” Tergagap-gagap lelaki itu mahu menuturkan ayatnya.

            “Amir?” Seru Safiya bila Amir tiba-tiba mendiamkan diri.

            Untuk seketika, Safiya mendengar nafas ditarik sebelum suara itu kedengaran. “Fiya maafkan saya. Saya tak boleh teruskan hubungan kita.”

            “Apa maksud awak, Amir?” Berubah nada suara Safiya. Sonia dan Shahir di sebelah sudah memandangnya hairan.

            “Saya.. Saya minta maaf. Saya tak dapat datang dan kita.. Kita takkan jadi suami isteri. Saya dah suka orang lain, Fiya.”

            Hancur berkecai hati Safiya saat tu. Dia terdiam tiba-tiba bersama air mata yang jatuh menuruni pipi. Dia nak meraung. Tapi fizikalnya langsung tidak beraksi apa-apa. Dia kaku di situ.

            “Akak?” Panggil Shahir di sisi. Pelik dia melihat kakaknya yang tiba-tiba kejung. Lantas di capai telefon bimbit dari tangan kakaknya dan menjawab panggilan yang masih bersambung itu. “Hello?”

            “Fiya?”

            “Abang Amir?” Suara Shahir yang sedikit kuat itu membuatkan yang lain memandangnya. Masing-masing tertanya-tanya apa yang berlaku.

            “Maafkan abang. Abang tak boleh teruskan hubungan abang dengan kakak Shahir.” Dum! Terasa rumah runtuh menghempap tubuhnya. Sakitnya tak tergambar. Ditoleh kakak di sisi. Kakaknya sudah memeluk Sonia bersama juraian air mata. Tahulah dia kini kenapa kakaknya jadi sebegini dalam sekelip mata.

            “Sesenang tu aje?” Suaranya mula meninggi. Rasa seolah dirinya juga dikecewakan lelaki ini. “Kitaorang bertungkus-lumus siapkan segalanya tapi sesenang tu saja abang cakap, nak tamatkan hubungan ni dengan kakak? What the stupid you!” Inggerisnya hancur saat marah-marah sebegini. Api kemarahannya meluap-luap. Tak pernah dia rasa sakit macam ni.

            “Shahir, abang..”

            “You’re not my brother!” Jerit Shahir. Berani lelaki ni mempermainkan kakaknya? Seumur hidupnya langsung dia tak izinkan mana-mana lelaki mempermainkan kakak kesayangannya, tapi kenapa kali ni dia terlepas pandang? Arghhh!

            Talian terus ditamatkannya saat mendengar suara lelaki itu kedengaran lagi. Lantas dia memeluk tubuh kakaknya di sebelah.

            “Sekarang macam mana?” Tanya Tok Kadi. Jelas di pendengarannya apa yang berlaku saat ni.

            Encik Azlan pandang isterinya. Puan Hafizah hanya menggelengkan kepala bersama pandangan yang sudah kabur dengan air mata. Tidak sangka, perkara seperti ini terjadi kepada anaknya.

            “Kita terpaksa batalkan semuanya,” Walaupun berat, Encik Azlan terpaksa mengucapkan juga ayat itu. Sakit hatinya sebagai bapa saat melihat air mata anaknya. Saat cinta sepenuh hati yang diberikan, tapi dibalas dengan hinaan sampah.

            Tok Kadi angguk lantas mengemaskan beg bimbitnya. Bersedia untuk bangkit sebelum..


            “Saya akan nikah dengan Fiya.”


*** bersambung***
**sambungan sedang dikarang**

7 comments:

  1. Ala...knp bersambung.huhuhu.tgh excited bace....abis lak.bile nak kuar sambungannya???cepat la sikit....

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks sudi baca.. sambungan akan dipublish nanti.. hiks

      Delete
  2. Im waiting. :D hope sooo ad sambungan ^^

    ReplyDelete
  3. plez smbg!!!

    dh sbulan lbih tggu. tiap hri bka blog cek dh da smbgn ke blum...

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuu sambungan dah update..
      maaf lambat dan terima kasih kerana menunggu huhuuu

      Delete

Pendapat anda sangat saya hargai