"Setiap cerita yang dikarang di dalam blog ini adalah hak milik penulis. Sebarang ciplak adalah tidak dibenarkan. Terima kasih."

Search This Blog

Thursday, September 03, 2015

Sahabat

Aida masuk dalam bilik yang dihuninya bersama seorang kawan baiknya, Ina. Jarum jam dipandang. Tepat jam lapan malam seperti yang dijanjinya bersama Ina untuk pulang ke bilik.

Tapi langkahnya tiba-tiba saja mati saat dia terdengar suara sendu seseorang di hujung katil. Dengan perlahan, dia menoleh pandang hujung katil.

Nun dihujung sana, ada seseorang tengah duduk memeluk lutut sambil wajahnya disembamkan ke lutut. Kedua bahu itu terhenjut beberapa kali. Sesekali terdengar bunyi hingus disedut.

Dicam beberapa kali gerangan yang duduk memeluk lutut di hujung katil. Takut bukan Ina seperti yang disangkanya.

Tapi setelah dibuat pengecaman, dia cukup dari pasti itu adalah Ina, sahabatnya.

Perlahan langkah kaki dihayun menuju ke arah gadis itu. Aida duduk dihadapan Ina. Bahu Ina disentuhnya lembut.

"Weh, kau kenapa?" Aida menyoal. Sebab jarang dia nampak Ina berkelakuan sebegini. Susah mahu melihat Ina menangis sepanjang perkenalan mereka.

Ina yang terdengar suara Aida lantas mendongakkan wajahnya. Pantas dia menyeka air mata yang membasahi wajahnya.

Dia menggeleng kemudiannya. Senyuman pahit diukirkan. "Aku okay," Bohongnya bersama suara serak selepas menangis.

Aida menggeleng. "You're not. Tell me why, dear?" Dia cuba memujuk.

Sekali lagi Ina menggeleng. "Aku okay. Kau janganlah risau."

Aida mendengus. "Waktu-waktu malam macam ni kau menangis tiba-tiba, duduk kat sini pulak tu. Dengan lampu utama kau tak buka. Dan kau suruh aku jangan risau?" Aida bersuara tak puas hati. "Are you insane?"

Ina terima dengusan Aida dengan senyuman dibibir. "I've told you, dear." Jeda. "Sometimes, you can't explain what you feel for a person." Dia senyum lagi.

Aida mengeluh sebelum perlahan-lahan dia anggukkan kepala. "Baiklah." Jeda. "Tapi kau kalau ada apa-apa yang berlaku pada kau, jangan segan-segan nak cerita pada aku tau?" Dia genggam tangan Ina.

Ina membalas genggaman itu. Dia senyum lagi. "Baiklah. Terima kasih sahabat. Kau lah sahabat aku dunia akhirat."

Aida senyum. "Nanti jangan lupa tarik aku masuk syurga, ohkay sayang?" Dia kenyit mata.

Ina senyum sebelum senyuman itu menjadi tawa yang sangat indah bunyinya.

Pasti, Aida. Pasti aku akan tarik kau sekali bersama-sama aku ke syurga. Kita hidup di syurga berdua, ohkay?

No comments:

Post a Comment

Buah fikiran anda amatlah di hargai.