Pages

Search This Blog

5 Nov 2015

Suamiku Ramai Crush [Part 39]


“Sayangg.. Phone bunyi.” Laung Iskandar dari ruang tamu. Lepastu jengul wajah kacak lelaki tu di pintu dapur. Telefon isterinya dihulurkan. Damia capai telefonnya dan terus lekap kat telinga lepas baca nama pemanggil. Ibu!

            “Hello assalamualaikum, ibu.” Sapanya lembut. Lama tak cakap dengan ibu. Rinduu..

            “Waalaikumussalam, sayang.. Ni, kamu ada kat mana? Ibu nak datang.”

            Dahi dah berkerut. “Ibu nak datang?” Agak naik jugaklah suara Damia sampai Najwa yang tengah goreng ayam boleh pandang dia. Nampak dahi perempuan tu berlapis-lapis.

            “Ha lah. Nak harapkan kamu yang datang.. Sampai berjumbalah tak nampak batang hidung.” Sindir ibu buatkan Damia pandang Iskandar yang tengah ratah ayam yang digoreng Kak Najwa. Dia garu dahinya. Ibu dah sindir pulakkk..

            “Hehee.. Bukan apa, bu. Is kan sekarang tengah final sem. Tu yang sibuk sikit sampai tak boleh jenguk ibu dengan ayah.” Sengih sambil tayang peace pada Iskandar bila nampak lelaki tu jegilkan matanya.

            “Apa-apa ajelah, Mia. Kamu ada kat mana?”

            “Ada kat rumah mak mertua Mia.” Dia gigit bibir.

            “Siapa tu?” Damia toleh. Dia hantar senyum pada Puan Iqmah. Pertanyaan mama mertuanya dia jawab. “Suruhlah ibu kamu datang sini. Lama juga tak datang.”

            “Err.. Mama cakap sendiri dengan ibulah.” Telefon dia hulurkan pada Puan Iqmah. Dan dia biarkan dua-dua besan tu bersembang. Damia sambung kerjanya yang tergendala tadi.

            “Ibu nak datang ke, yangg?” Iskandar cuit pinggang Damia. Dia tarik kerusi dihadapan isterinya dan labuhkan duduk.

            Damia angguk. “A’ah.. Dia cakap dia rinduu sesangat dengan menantu lelaki sulung dia yang jarang sangat jenguk dia tu.” Ayat rindu tu Damia tekan.

            Iskandar gosok belakang kepalanya. Giginya ditayang. “Alahh.. Bukannya apa, tak ada masa lah, yangg.” Sibuk dengan assigment lagi. Dah lah tahun terakhir dia di universiti sekarang ni. Dengan itulah.. Inilah.. Sampai rumah keluarga sendiri pun lupa nak jenguk.

            “Alasan!” Damia jeling. Dia boleh aje nak balik sendiri rumah keluarga dia mahupun keluarga Iskandar. Tapi tulah, nanti apa pula kata dia orang kalau nampak dia tak balik dengan Iskandar. Mahunya banyak benda yang mereka assume nanti.

            “Yelahh.. Lepas habis sem ni. Dah habis belajar semua, boboy bawalah baby jenguk dia orang. Janji!” Tangan kanan dinaikkan paras bahu. Berjanji.

            “Jangan berjanjilah, boboy. Baby takut tak boleh ditepati nanti. Kan dah jadi orang munafik.” Pesan Damia.

            Sabda Rasulullah SAW:  “Tanda orang munafik ada tiga: jika berbicara dia dusta, jika berjanji dia ingkar, dan jika dipercaya (diberi amanat) dia berkhianat.” (HR. Bukhari dan Muslim)


            “Okay.. Tapi boboy akan usaha.” Takkanlah dah ambil anak orang, emak dengan ayah anak tu dibiarkan macam tu tanpa jengukkan? Hmm.. Tambah lagi satu beban atas bahu Iskandar. Tapi insya-Allah, dia akan perbaiki kelemahan dia yang satu ni di masa akan datang.


BAIK Damia mahupun Iskandar, masing-masing menyambut kedatangan ibu dengan ayah serta adik-beradik Mia yang lain. Damia ingatkan hanya ibu, ayah dengan Diyana sahaja yang datang. Rupanya, Along and his family pun datang samalah. Entah apa yang mama dah cakap dengan ibu dia, Damia sendiri tak tahu.

            “Ibu, ayah.. Masuklah.” Iskandar bawa masuk orang tua mertuanya. Lepas ni kena berlutut minta maaf banyak-banyaklah nampaknya.

            Iqmal yang nampak Mak Langnya terus tersenyum. Damia ambil Iqmal dalam dukungan Kak Hajar. Lepastu dia bawa Iqmal masuk dalam rumah. Ruang tamu kedua dia masuk. Kat situ, dia main dengan Iqmal. Terkekek-kekek Iqmal ketawa buatkan Damia turut sama lambakkan tawanya.

            Damia menoleh bila rasa bahunya dicuit. Bila dia tengok, dia nampak seorang budak lelaki yang tengah pegang kereta mainan tersenyum pandangnya. “Kenapa ni, Iman?”

            “Comeyy..” Sambil tepuk tangannya. Damia senyum lebar. Usia Iman baru tiga tahun. Tapi dia masih lagi susah nak bercakap dengan betul. Ada aje ayatnya yang buatkan Damia nak gelak. Tak apalah, sayang. Practise make perfect. Selalu-selalulah cakap ye. Nanti lama-lama pandailah tu. Insya-Allah.

            Damia biarkan Iqmal main dengan Iman dan budak-budak yang lain. Lama jugaklah dia perhati mereka bermain sampai akhirnya masing-masing penat dan Iqmal menangis nak susu pada Mia. Ternaik kejap kening Mia bila Iqmal minta darinya susu. Susu? Aku mana ada susu weh. Memandai minta aku.

            Damia dukung Iqmal yang berura-ura nak menangis tu. Sampai di ruang tamu utama, dia cari Kak Hajar tapi tak jumpa. Hanya kaum Adam aje yang menghuni ruang tamu utama tu. Bila tanya along, along cakap isteri dia ada kat dapur. Damia bergerak ke dapur. Sampai kat dapur, Damia serahkan Iqmal pada Kak Hajar.

            “Menyusu lagi ke?” Tanya Damia. Kotlah Iqmal dah putus susu ke. Itu yang tanya. Tapi bila nampak Kak Hajar angguk, tahulah dia yang Iqmal masih menyusu badan. Mungkin along yang suruh kot. Sebab pernah sekali Damia dengar, masa tu along belum kahwin lagi. Dia cakap, dia nak anak-anak dia menyusu badan sampai umur dua tahun seperti yang terkandung dalam Surah Luqman.

            “Jomlah, menyusu dalam bilik.” Damia bawa Kak Hajar masuk bilik dia dengan Iskandar. Lepastu dia tinggalkan Kak Hajar bersama Iqmal dan dia turun ke dapur. Tolong apa yang patut.

            Sampai kat dapur, Damia pandang semua orang kat situ. Tak ada satu orang lelaki pun kat dapur. Semuanya perempuan. “Mia, kena tolong apa ni?”

            “Nothing. Dah siap semua dah. Lagipun, tadi Mia dah tolong banyakkan?” Puan Iqmah menghalang. Sepanjang menantunya menginap kat sini, menantunyalah yang banyak tolong dia kat dapur.

            Damia angguk. Dia tarik kerusi dan labuhkan duduk kat situ. Telur rebus yang masih belum bogel dia buang kulitnya. Lepastu tujuh biji telur tu dia belah empat bahagian. Segala kulit telur dia buang dalam tong sampah. Dah siap semua, dia letupkan jari dan tengkuknya yang lenguh. Menunduk ni buat tulang belakang aku nak cabut ajelah.

            “Dah dahh.. Kita solat dulu. Lepas ni kita makan.” Encik Malik masuk dapur dan bersuara. Waktu Maghrib pun dah masuk ni. Eloklah solat berjemaah tengah ramai-ramai berkumpul kat sini. Bukan senang nak solat berjemaah kat rumah selain dari solat berjemaah kat surau dengan masjid.

            Semuanya mengangguk. Damia cuci pinggan yang digunanya tadi. Lepastu pinggan tu dia keringkan dan tangan dilap pakai kain di tepi tingkap. Biarlah dia duduk kat dapur aje buat apa yang patut dalam dia aje perempuan yang tak boleh solat sekarang ni.

            “Hidup lagi kau rupanya.” Damia menoleh. Suara Diyana. Damia nampak Diyana yang pandang Najwa tajam. Dia dah agak dah benda macam ni mesti berlaku.

            “Akak tahu akak banyak buat salah. Dosa akak besar pada kau orang..”

            “Dah.. Stop please. Kita sambung benda ni lain kali. Sekarang, korang solat dulu.” Damia bersuara. Nak halang dari pergaduhan besar berlaku sebentar lagi. Macam dia tak kenal perangai adik dia. Kalau boleh, kat tengah alam ni jugaklah dia nak cari gaduh.

            “Alangg.. Yana belum..”

            “I said enough, kan?” Potong Damia. Tinggi suara dia naik. Dia tarik Diyana keluar dari dapur. 

No comments:

Post a Comment

Pendapat anda sangat saya hargai