Pages

Search This Blog

4 Mar 2016

Cerpen - Amnesia [4]

Nadiya pandang satu kuburan kecil dihadapannya. Kubur yang betul-betul kecil dibanding yang lain. Satu saat, dia mengeluh. Mengeluh hiba. Tragedi malam hujan lebat bermain dalam fikirannya. Masih segar diingatannya bagaimana Adam boleh terbaring di tengah jalan raya itu. Dan puncanya dari Syafiq sendiri.

            “Is it a best decision, you go without saying goodbye, son?” Keluhnya perlahan. Dia langsung tak diberi peluang untuk melihat wajah Adam buat kali terakhir. Malah, saat Adam dikebumikan pun, dia masih terlantar koma di hospital.

            Pengakhiran hidup Adam yang menyedihkan. Dan dia rasa, dia gagal menjadi seorang ibu yang paling terbaik untuk Adam.

            Yassin di tangan diselak. Segala bait-bait ayat yang tertera dalam Yassin itu dibacanya penuh syahdu. Bacaan Yassin khas untuk anaknya. You heard me, Adam?

            Pagi tadi, selepas Syafiq bergerak ke tempat kerja, dia lantas memandu ke rumah Mamanya. Bertanyakan di mana letaknya kubur Adam. Dengan senang hati, Mama memberitahunya. Dan di sinilah dia berada.

            Saat air matanya mengalir menuruni pipi, dia pejamkan matanya. Bacaan Yassin terhenti ketika itu. Sungguh, rasa sedih dan sebak menghuni jiwanya. Anak yang paling dia sayang, yang dia kandungkan, yang dia lahirkan, dia jaga dengan sepenuh hati, pergi dengan cara paling sadis.

            Cara yang langsung tak pernah dia fikirkan walau sekali.

            Bacaan Yassin disambung. Sehinggalah ke akhirnya. Yassin ditutup. Dia pandang sekali lagi kubur kecil dihadapannya. Wajah Adam seolah bermain di matanya. Sungguh, dia sangat rindukan Adam.

            “Nad.” Suara itu buatkan Nadiya mendongak. Berdiri dihadapannya ini adalah seorang Syafiq Danish. Bersama satu naskhah Yassin di tangan kanannya. Nadiya buat tak peduli. Dia tundukkan wajah kembali. Dia tak punya masa nak melayan Syafiq saat ini.

            Syafiq hembus nafas. Dia duduk berhadapan Nadiya. Kuburan Adam di antara mereka. Tanpa hiraukan Nadiya, dia mulakan sesi membaca Yassin untuk anaknya. Antara salah satu perbuatannya untuk menebus salahnya pada Nadiya. Dan Adam.


NADIYA bersandar di sofa. Semenjak malam tadi dia terfikirkan syarat yang diberi Syafiq padanya beberapa hari lepas. Dia tertanya, akankah Syafiq tepati janjinya? Usai saja dua bulan, dia jalankan kehidupannya sebagai isteri yang sebenar pada Syafiq, dan lelaki itu akan ceraikannya seperti yang dia mahukan?

            Kalau Syafiq mungkiri janji, macam mana?

            Dan, kalau dalam masa dua bulan ni juga, cintanya berputik untuk Syafiq, bagaimana? Jujurnya, jauh disudut hati, dia tak mampu nak membenci Syafiq sepenuh hatinya. Lelaki itu cinta pertamanya. Lelaki itu yang bersamanya dari dulu sehingga kini. Lelaki itu jugalah yang mengajarnya erti cinta dan rindu.

            Tapi Syafiq dah bunuh Adam.

            Nadiya mengeluh. Dia sayangkan Syafiq. Tapi untuk terus hidup bersama Syafiq hingga ke akhirnya adalah suatu yang mustahil. Kerana setiap kali dia pandang Syafiq, seperti dia memandang Adam. Wajah mereka sama. Wajah mereka serupa.

            Dan kejadian malam tu. Sungguh, dia tak boleh nak lupakan. Sakit sangat.
            Nadiya angkat wajah bila telinga mendengar suara manusia ketawa. Nun di meja makan, ada Syafiq dan Puan Maria. Bersama-sama berbual akan sesuatu yang Nadiya tidak ketahui. Semenjak tadi lagi mereka berada di situ. Menghiraukan dirinya sendirian di sini.

            Seperti yang dia sendiri sedia maklum, Syafiq memang rapat dengan Puan Maria. Serapat Nadiya dengan Puan Seri. Sangat rapat. Seperti anak kandung padahal pertalian mereka hanyalah antara ibu dan menantu.

            Puan Maria dan Syafiq gelak lagi. Nampak cahaya kegembiraan menyelubungi mereka. Selalunya, kalau Mama dah jumpa Syafiq, memang tak pernah nak layan anak sendiri. Begitu juga dengan Puan Seri. Dikriminasikah?

            Entahlah. Tapi dia bahagia dengan keadaan itu. Geli hati bila Syafiq merajuk saat Puan Seri melayannya melebihi layanannya pada Syafiq. Dan vice versa.

            “Gelak apa bahagia sangat ni?” Suara Encik Nazrul. Lelaki itu baru saja turun dari tingkat atas. Baru selesai membaca buku-buku ekonominya, barangkali. Dan dia turun berkumpul bersama keluarga. Meluangkan masa di cuti hujung minggu seperti ini.

            “Tak adalah. Berbual je dengan Fiq ni.” Suara Puan Maria membalas. Senyuman penuh menghiasi bibir Puan Maria. Seronok rasanya dapat berbual dengan menantunya. Maklumlah, dia punya seorang anak dan seorang menantu sahaja.

            “Nad mana?” Tanya Encik Nazrul. Lehernya dipanjangkan mencari anak perempuan tunggalnya. Dah lama dia tak berbual dengan anaknya seperti isterinya berbual dengan menantu mereka.

            “Dekat depan kot, Pa.” Balas Syafiq. Sebab tadi sebelum dia ke dapur, dia nampak Nadiya di ruang tamu. Tengah membelek majalah Wanita di situ.

            “Nad.” Panggil Encik Nazrul. “Meh sini, kita makan sama-sama.” Ajaknya saat ternampak bayang anak perempuannya.

            Nadiya hembus nafas. Jujur, dia tak punya selera mahu makan tengahari hari ini.Tapi sebab mahu menjaga hati Mamanya yang memasak, dia bangkit juga. Majalah di tangan diletak atas meja.

            Tiba di meja makan, dia tersenyum membalas senyuman Mama dan Papanya, tapi tidak pada Syafiq. Hidangan di atas meja dipandang. Banyak juga Mama masak untuk tengahari mereka. “Banyaknyaa.. Siapa nak makan ni?” Kotlah, dia boleh pau bawa balik rumah.

            Puan Maria senyum. Memang sengaja dia masak banyak hari ini. “Nad dengan Fiqlah makan. Selagi tak habis makanan ni, jangan harap Mama bagi balik.” Seakan arahan, dia bersuara.

            Nadiya muncung bibirnya. Mama dah lupa ke yang Nadiya memang makan sikit? Jaranglah dia makan banyak kecuali dia betul-betul lapar. Kerusi disebelah Syafiq ditarik. Kalau bukan sebab ada Mama dengan Papa, memang tak ada masa dia nak duduk sebelah lelaki tu.

            Tapi baru saja dia duduk, dia perasankan sesuatu yang tiada di atas meja. “Mana kicap?” Soalnya. Rasa tak lengkap juadahnya andai tiada kicap bersama.

            Puan Maria tepuk dahi. “Mama lupa nak ambillah, sayang.” Akunya. Memang dia terlupa nak ambil kicap. Seronok sangat berbual dengan menantu, sampai lupa segalanya.

            Nadiya senyum. “Nad ambillah.” Dan dia sekali lagi bangkit. Kicap di atas meja tepi microwave dicapai. Kedengaran gelak tawa memenuhi meja makan saat dia tiba di situ. Entah kenapa dia mengeluh.

            Tertanya-tanya Nadiya sekarang ni, keadaan masih bahagia seperti inikah andai Mama dan Papa dapat tahu yang dia dan Syafiq akan bercerai? Gembira seperti inikah mereka nanti?


“WHAT?!” Suara Kristine melengking tinggi. Terkejut dengan kenyataan yang diberi Nadiya kurang beberapa saat yang lepas. Matanya tak lepas dari memandang Nadiya. Pandangan orang sekeliling, dia tak peduli.

            “You heard me, Kris.” Nadiya bermain dengan permukaan cawan di hadapannya.

            Kristine mengeluh. Patutlah sewaktu Nadiya menghubunginya pagi tadi dan memberitahunya yang Nadiya mahu berjumpanya, hatinya rasa tidak tenteram. Rupanya, hatinya betul menelah. Ada sesuatu yang akan berlaku.

            Tapi dia tak jangka, perkara seperti ini yang akan berlaku. “Kau gila, Nad.” Ayat itu terluah di bibirnya.

            Nadiya menggeleng. “Keputusan aku muktamad.” Dia cekal dengan keputusannya. Nadiya yakin, tiada sesiapa mampu menghalangnya dari berbuat seperti ini. Tidak Kristine.
            “Famili kau tahu? Mertua kau?” Tanya Kristine.

            Nadiya menggeleng. “They’ll know soon.” Ucapnya perlahan. Cepat atau lambat, perkara ini pasti akan sampai ke telinga keluarga dan keluarga mertuanya. Dia pasti itu. Dan dia sudah bersedia dengan segalanya.

            “Kau tak fikir ke apa perasaan diaorang nanti?”

            Nadiya diam. Serius, perasaan keluarganya yang dia fikirkan terlebih dahulu sejurus selepas dia nekad dengan keputusannya. Tapi, dia tak sanggup nak terus hidup macam ni. Bayangan Adam dan kecurangan dengan Tiara seakan berada di kelilingnya bila dia terpandangkan Syafiq. Lantas, dia terpaksa menghiraukan perasaan orang tuanya.

            “Come onlah, Nad. Fikir baik-baik dulu.” Jeda. “Aku masih rasa yang kau dengan Fiq akan kekal bersama.”

            “Kris.” Nadiya hembus nafasnya. “Dia curang dengan aku, Kris.” Anak mata Kris dipandang dalam. “Dia bunuh anak aku.” Sambung Nadiya lagi. “Dan itu kau cakap yang aku dengan Fiq boleh hidup sampai bila-bila?” Soalnya tak puas hati. “Mengarutlah.” Keluhnya.

            Kristine pandang wajah Nadiya. Lama. Jauh disudut hatinya, dia masih berharap yang Nadiya akan kekal bersama Syafiq. Dia tak rasa ada lelaki lain yang faham Nadiya, sefaham Syafiq pada Nadiya. Syafiq?

            “Fiq macam mana?” Soal Kristine. Dia tak rasa yang Syafiq hanya setuju dengan cadangan Nadiya. Syafiq lebih matang dalam segala hal. Dia pasti itu.

            Nadiya mengeluh. “Dia setuju.” Beritahu Nadiya dan itu sangat mengejutkan Kristine. Syafiq setuju? Semudah itu? Kata cintakan Nadiya. Tapi kenapa hanya setuju macam tu saja?

            “Tapi dia kasi aku syarat,” Sambung Nadiya. “Dia nak kitaorang hidup macam suami isteri normal selama dua bulan ni. Tak ada gaduh, tak ada benci.” Dan itu buatkan Nadiya tak habis fikir.

            Sementara Kristine menyembunyikan senyumannya. Seperti yang dia jangka, Syafiq takkan setuju semudah itu. Dan syarat tu, buatkan senyumannya makin melebar. Hidup tiada sengketa selama dua bulan?

            Nice, Fiq.

            “Then how about you?” Soal Kristine.

            Nadiya jungkit bahu. “Aku tak tahu.” Menggeleng.

            Kristine pegang tangan Nadiya. “Apa kata kau ikut je syarat tu.” Cadangnya. Dia tahu apa yang dia ucapkan.

            Nadiya kerut kening. “Aku kena ikut?” Soalnya hairan. “Pesal pula?”

            “Sebab kaukan yang nak bercerai dengan dia. Jadi, kau kena lepasi syarat tu dululah baru kau dengan Fiq bercerai.” Kristine bermain-main dengan keningnya.

            Dan Kristine seperti faham permainan yang dilancarkan Syafiq pada Nadiya. Entah kenapa, tapi kali ini dia menyokong Syafiq. Sokong seratus peratus. No doubt.


NADIYA tertidur di sofa saat Syafiq baru pulang dari kerja. Jam waktu itu menunjuk ke pukul sepuluh lima belas minit malam. Syafiq menggeleng melihat televisyen yang terpasang siarannya tanpa ditonton sesiapa.

            Remote TV yang sudah jatuh ke lantai dicapai sebelum televisyen dipadamkan. Dia duduk mencangkung ditepi Nadiya yang sudah terlena. Selalunya, Nadiya akan terlena di sini bila menunggu dirinya pulang dari kerja.

            Tapi dia tak pasti malam ini adakah Nadiya menunggunya juga selepas memberitahu dia akan lewat petang tadi. Kalaulah apa yang ditebaknya benar, pasti dialah manusia paling bahagia sekarang ni.

            Tubuh Nadiya dikendong sebelum dibawanya masuk ke kamar. Tubuh itu diletakkan perlahan di atas katil. Selimut ditarik menutupi tubuh itu dari kesejukan. Rasa seperti dah lama dia tak berbuat seperti sekarang.

            Semuanya bermula semenjak Tiara masuk ke dalam hidupnya. Ahh Tiara. Dah lama dia tak nampak perempuan tu. Dan dia bersyukur, jika Tiara dah lenyap dari dunia ni. Sangat bersyukur.


            Syafiq bangkit. Dia perlu mandi. Solat Isyak pun dia masih tak tunaikan lagi.


SELESAI makan malam, dia masuk kembali dalam bilik. Matanya yang mengantuk buatkan dia terpaksa melupakan prinsipnya supaya tidak terus tidur selepas makan. Sungguh, dia tersangat penat seharian ini. Terpaksa berkejar ke sana sini. Sehinggakan makan tengahari pun tak sempat.

            Telefon diletakkan di atas meja selepas disambungkan pengecas. Bantal kepala dibetulkan letak duduknya supaya selesa. Selimut ditarik sehingga ke pinggang. Dia baring mengiring menghadap Nadiya.

            Saat matanya mahu terpejam,

            “I rindu you, Danish.”

            Mata kembali dibuka. Dia pandang wajah yang terlena dihadapannya. Nadiya? Kenapa dia rasa seperti Nadiya bersuara dalam tidur?

            “I rindu you, Dan.”

            Tepat tekaannya bila nampak mulut Nadiya bergerak. Dan ayat itu, cukup buatkan dia terkelu dan terharu dalam masa yang sama. Orang kata, ayat orang yang bersuara dalam tidur adalah benar.

            Jadi,

            “I love you, Dan.

            Liur ditelan Syafiq. Betulkah? Nadiya?

            Speechless. Dia rasa nak menangis sebab terlalu teruja.

            Seperti yang dia jangka sebelum ni, Nadiya masih cintakannya meskipun bibir itu acapkali menafikannya.

            Jadi untuk apa penceraian yang dia pinta, kalau isterinya masih cintakannya?

            Apa yang you cuba buat, Nad?


NADIYA buka mata bila rasa beban di tubuhnya. Sesuatu yang berat di perutnya buatkan dia sukar bernafas seperti biasa. Dia terkejut bila ada tangan di perutnya. Dan yang pasti, itu bukan tangannya.

            Dia menoleh pula ke kanan, nampak wajah Syafiq yang begitu dekat dengan hidungnya. Sangat dekat. Dan tangan Syafiq yang memeluknya buatkan jantungnya berdegup kencang. Rasa yang selalu dia dapat setiap kali Syafiq berada dekat dengannya. Seperti ini.

            Nadiya hembus nafas perlahan. Dia tak ada rasa nak menolak tubuh Syafiq supaya menjauh. Rasa yang dia ada hanya, mahu memeluk tubuh itu sekuat hati. Tak dapat dia nafikan, jauh disudut hati, dia sangat merindui Syafiq.

            Saat Syafiq mengendongnya malam tadi, sungguh dia sedar saat itu. Tapi dia berpura-pura tidur. Dan sungguh, dia tak tahu apa yang sedang dia lakukan. Dalam pada dia mahu membenci lelaki ini, perasaan cinta kembali berputik menghancurkan rasa benci itu.

            Kalaulah Syafiq tidak berlaku curang padanya, pasti dia takkan tergesa-gesa meminta Syafiq menceraikannya. Dan kalaulah Syafiq tidak menjadi punca Adam meninggal, dia takkan buat dosa macam ni pada Syafiq.

            Dia rasa bahu kirinya semakin senget, bila dia menjeling lelaki itu. Rasa beban yang teramat bila dia layan Syafiq endah tak endah. Tahu yang dia berdosa memperlakukan suami seperti ini. Suami terletak di tangga pertama kedudukannya untuk dia sebagai seorang isteri hormati.

            Tapi,

            Nadiya mengeluh.

            Dia dongakkan wajah. Pandang wajah Syafiq yang lagi lena tidur. Jam tiga pagi ini selalunya, Syafiq sudah enak dibuai mimpi. Lelaki itu pasti akan tidur mati bila diberi peluang untuk tidur.

            Pipi Syafiq dielus lembut. “Maafkan I, Danish.” Ucapnya perlahan. Berbisik.


NADIYA sarung tudung di kepala. Bunyi loceng yang ditekan beberapa kali oleh tetamu buatkan perlakuannya pantas. Siapa pula yang datang tak berjemput ni? Kris ke? Tapi selalunya perempuan tu akan menghubunginya dulu kalau nak datang ke rumah.

            Dari pintu rumah, nampak seorang lelaki bertopi keledar merah. Dibelakang lelaki itu ada sebuah motor. Nadiya datang mendekati pagar yang masih tertutup. Dapat dia nampak, di tangan lelaki itu ada sejambak bunga berwarna ungu.

            “Nadiya Syazana binti Nazrul Fir?” Tanya lelaki itu lancar menyebut nama Nadiya.

            Nadiya pantas mengangguk. “Ya saya?”

            “Ada bunga untuk Puan.” Lelaki itu senyum.

            Nadiya pantas menekan button di tangannya. Pintu pagar terbuka dan dia pantas menuruni tandatangan di atas kertas yang diserahkan lelaki itu padanya. Jambangan bunga yang dihulur dicapai selepas mengucapkan terima kasih.

            Pintu pagar kembali ditutup. Dia menapak masuk ke dalam rumah bersama jambangan bunga di tangan.

            Masih tertanya-tanya siapakah pengirim bunga ini.

            Duduk saja di sofa, dia pantas membelek jambangan bunga berwarna ungu itu. Bunga yang sangat cantik. Tapi dia tak tahu nama bunga itu. Dia memang failed kalau nama bunga-bunga ni. Sebab hidupnya, bukan untuk mengetahui nama-nama bunga!
            Kad yang terselit di celah-celah kuntuman bunga dibaca.

            “Give me just one chance, and you won’t regret it. – Danish.”

            Ternaik kening Nadiya selepas membacanya. Jadi bunga ni dari Encik Syafiq Danish? Memang tak ada kerjakah lelaki itu? Dah tahu yang isteri dia memang tak minat bunga, pergi hantar bunga untuknya kenapa?

            Dan entah kenapa, dia mula memikirkan syarat Syafiq untuknya.


BUNYI pintu yang dibuka buatkan Nadiya tarik nafas dalam. Baju di tubuh dibetulkan. Air liur ditelan. Basmallah disebut. Relaks Nadiya. All is well.

            “Assalamualaikum.” Suara Syafiq memberi salam sebaik saja kaki kanan melangkah masuk. Dia terus labuhkan duduk di sofa. Menghilangkan kepenatan. Hari yang sangat memenatkan.

            Kepala disandarkan. Mata dipejam buat seketika. Lepas dia hilangkan penat ni, barulah dia akan menapak naik tangga. Itulah rutin harian hidupnya. Sampaikan dia naik bosan. Tapi sudah tertulis percaturan hidupnya sebegini. Masakan dia mahu menolak?

            “Danish..” Syafiq buka mata bila dengar namanya disebut seseorang. Dalam rumah ni, hanya ada dua manusia saja. Kalau dia tidak bersuara, pasti isterinya. Matanya menangkap Nadiya berdiri dihadapannya bersama senyuman yang penuh janggal. Keningnya naik tanya kenapa.

            “Nah.” Nadiya hulurkan satu mug ditangannya pada Syafiq. “Mesti you penatkan?” Soalnya. “I buatkan ni untuk you. Minumlah.” Tangan masih menghulur. Sedaya upaya dia cuba untuk tidak berkelakuan janggal dihadapan Syafiq.

            Syafiq yang terkejut dengan perbuatan isterinya terdiam sejenak. “Is it for real, huh?” Tanya Syafiq hairan. Tapi jauh disudut hati, dia rasa bahagia. Bahagia kerana sudah lama Nadiya tidak melayannya seperti ini.

            Nadiya gigit bibir. Realitikah sekarang ni? Entahlah. Dia sendiri tak tahu samada nak menganggap ini realiti ataupun mimpi. Lantas dia jungkitkan bahu sebagai jawapan kepada pertanyaan lelaki ini.

            Syafiq basahkan bibir yang kering. Dia bangkit. Berdiri di hadapan Nadiya. “Tak payah buat kalau you tak ikhlas, Nad.” Lemah dia menutur. Dia hadiahkan senyuman tawar pada Nadiya sebelum melangkah.

            Sementara Nadiya sudah berkecil hati dengan ayat Syafiq yang melulu. “Atleast I’m trying, Danish.” Suaranya menghentikan langkah Syafiq ditangga pertama. “Cuba untuk maafkan you.” Tangan yang menggenggam mug digenggam kuat.

            Nadiya berpusing. Berpandangan dengan Syafiq yang juga memandangnya. “You ingat senang nak maafkan kesalahan you?” Air liur ditelan. “I cuba sedaya upaya untuk maafkan you, tapi..” Dia menggeleng. “I tak boleh, Danish.” Wajahnya ditundukkan.

            “Susah.” Tambah Nadiya lagi.

            Syafiq hembus nafas berat. “Nad.” Dia kelu tiba-tiba. Silapnya lagikah?

            “You tak faham apa yang I rasa.” Air mata jatuh. “You tak faham.” Suaranya tenggelam. Danish takkan faham apa yang hatinya rasa. Takkan pernah faham.

            Syafiq gigit bibir. Dia melangkah mendekati Nadiya. Mug ditangan Nadiya diambil dan diletakkan di atas meja kaca. Kemudian kedua bahu Nadiya dipegang sebelum Nadiya ditarik dalam pelukannya. Belakang badan isterinya diusap lembut. Membiarkan Nadiya menangis dalam dakapannya.

            “I’m sorry, sayang.” Ucap Syafiq lembut. Ubun-ubun isterinya dikucup.


NADIYA belek paket marshmallow di tangannya. Tarikh luput yang tertera di paket itu di baca. Bibirnya mengukir senyuman bila tarikh tamat tempoh marshmallow di tangan tiba lambat lagi. Matanya tertancap pula pada paket marshmallow yang terletak di bahagian sebelah marshmallow yang diambilnya tadi.

            Diperhati dan dibuat perbandingan antara kedua marshmallow tersebut. Lama dia terdiam berfikir. Susah juga nak buat perbandingan ni. Lantas dia berpusing. Mencari seseorang yang datang bersamanya tadi.

            “Which one should I choose?” Soal Nadiya pada lelaki itu.

            Syafiq yang baru tiba menjungkitkan sebelah kening. “Huh?” Blur. Baru muncul dah kena soal benda yang dia tak mengerti, macam mana dia nak tangkap? Tapi bila nampak tangan Nadiya yang mengangkat marshmallow di kiri dan kanan, dia kini mengerti.

            “Apa bezanya?” Tanya Syafiq.

            Nadiya goncang kecil paket di tangan kanannya, “Yang ni, tamat tempoh dia lama lagi, tapi kuantiti dia sikit.” Digoncang pula paket di tangan kiri. “Yang ni pula, tamat tempoh dah nak dekat tapi banyak.” Beritahunya.

            “Kenapa tak ambil saja dua-dua?” Cadang Syafiq. Dari perahkan otak dengan perkara tu, baik ambil saja keduanya. Masuk perut juga apa.

            Nadiya menggeleng. “Membazir.” Masih memandang wajah suaminya.

            Syafiq gelak. “I tak rasa ianya membazir bagi seorang penggemar marshmallow.” Ucapnya. Tahu sangat yang Nadiya amat menggemari marshmallow. Pantang nampak makanan lembut tu, pasti dibelinya walaupun di rumah masih banyak.

            “Danish!” Panggil Nadiya geram. Sempat dia tahan diri dari menghentakkan kaki.

            “What?

            “Tolonglah I. I tak tahu nak pilih yang mana.” Bibir dimuncungkan.

            Syafiq gelak halus melihat muncung itu. “I dah cakap tadikan, ambil je dua-dua.”

            “Tapi,” Dia pandang marshmallow di tangan sebelum kembali pandang Syafiq. “Kalau tak habis?”

            “I boleh tolong you habiskan. Apa susah,” Dia main-mainkan keningnya.

            Nadiya buat muka annoying. “Sentuh marshmallow pun tak pernah, ada hati nak tolong habiskan.” Ucapnya sedikit menggumam. Dia sudahnya mengikut cadangan Syafiq - ambil keduanya.

            Kalau tak habis sebelum tamat tempoh?

            Apa susah, habiskanlah dulu mana yang tempoh tamatnya semakin hampir. Brilliant idea, Nad.


MEREKA tiba di rumah Puan Seri sebaik saja azan Maghrib kedengaran di surau terdekat. Puan Seri terus memeluk erat tubuh menantunya. Lama juga anak menantunya tidak menziarahinya. Rasa rindu yang menggunung masih lagi tersisa meskipun keduanya sudah di depan mata.

            “Fiq letak barang ni dekat dapur.” Beritahu Syafiq pada Puan Seri. Plastik barang dapur yang dibelinya dengan Nadiya, atas suruhan Puan Seri, diambil dari tangan Nadiya. Plastik itu kesemuanya diletakkan di atas meja dapur.

            Hujung minggu ni, dia dan Nadiya akan menginap di sini. Dan dia harap, dia dapat jernihkan hubungannya dengan Nadiya.

            Wajah didongakkan bila dengar suara orang ketawa di pintu masuk ke dapur. Bibirnya tersenyum bila nampak senyuman di wajah Puan Seri dan Nadiya. Mereka akan bercerita apa sahaja di bumi ni setiap kali berjumpa. Berborak sampai terlupa suami disisi.

            “Kita nak masak apa ni Mummy?” Tanya Nadiya. Dah lama juga dia tak merasa masakan Ibu mertuanya. Rindu.

            Puan Seri pandang menantunya. “Nad nak makan apa?” Soalnya. Ya, dah lama juga dia tak masak untuk menantunya. Rindu mahu dipuji masakannya oleh menantu.

            “Hmm..” Nadiya berfikir. Dia dah lama nak makan sesuatu. Sesuatu seperti, “Nasi ayam?” Serius, dia dah lama menginginkan nasi ayam. Kalau Mummy dapat tunaikan permintaannya yang ini, dialah manusia paling bahagia dalam rumah ni.

            Puan Seri senyum. “Okay.” Permintaan di terima. Nasi ayam je. Bukannya susah mana pun.

            Nadiya jungkit kening. “Betul ni, Mummy?” Tak percaya.

            “Kan Mummy pernah cakap dulu, apa saja untuk Nad, Mummy akan lakukan, insya-Allah selagi hayat dikandung badan.” Jawab Puan Seri mengulang kembali apa yang pernah dia beritahu pada menantunya.

            “Fiq nak makan ayam goreng kicap, Mummy.” Syafiq yang bagai tidak wujud antara mereka bersuara. Dia sempat tersengih bila kedua wanita kesayangannya memandang dirinya di sini. Baru perasan aku dekat sini ke?

            “Buat sendiri.” Jawapan balas Puan Seri sebelum wanita itu beredar buatkan Syafiq dan Nadiya melopong.

            Biar benar Mummy ni.

            Syafiq pandang Nadiya yang juga memandangnya. Wajahnya tiada perasaan memandang isterinya. “Tengoklah. Sebab you, Mummy lupa anak dia.” Dan Syafiq melangkah pergi.

            Sementara Nadiya, makin bertambah melopong di wajah. Apakah? Berkelip-kelip matanya berdiri di tengah dapur.

*****
Entahlah, I'm so busy lately. Tak sempat nak buka blog. Assignment dengan presentation datang silih berganti. Huhuuu

Dan ohh, maaf! Ini bukan pengakhirannya.

P/s : I got a good news about Truth or Dare. Hehee

1 comment:

Pendapat anda sangat saya hargai