Pages

Search This Blog

6 Apr 2016

Suamiku Ramai Crush [Part 48]



Iskandar selitkan rambut yang menutupi mata ke belakang telinga. Wajah polos tu dia renung. Dia senyum kemudiannya. Tadi, nyawanya hampir-hampir melayang bila cari Damia tapi tak jumpa. Sekarang dia bisa menghembus nafas lega bila dapati Damia selamat.

            Tangan lembut tu dia genggam erat. Kalaulah tadi Damia hilang atau apa sahajalah, mesti dia takkan maafkan diri sendiri. Melihat Damia yang lena tidur ni dia rasa macam nak peluk-peluk aje, tapi dia tahan. Sabar Is. Perang senyap tak habis lancar lagi ni.

            Pasal kamera tu, memang dia agak sedikit terkilan sebab di depan matanya sendiri kamera DSLR kesayangannya berkecai macam tu aje. Tak sampai satu hari kot pertemuan dia dengan DSLR tu, dah kena berpisah semula. Buat selamanya pula tu. Tapi apa boleh buat, dah namanya takdir. Kalau dia nak berkecai, tak payah tunggu Damia salah pegang aje mesti akan berkecai juga.

            Dan sekarang ni.. Dia memang sengaja lancarkan perang senyap dengan Damia. Motifnya, dia nak tahu macam mana isterinya pujuk dia. Yelah, sebelum ni semedang asyik dia aje yang memujuk. Sekali-sekala nak juga dipujuk.

            Iskandar beralih pula pada kaki Damia. Perlahan kedua kaki itu diurut lembut. Dalam hati muncul perasaan bersalah dan kasihan sebab biarkan isterinya berjalan sejauh tu. Kalau lagi satu jam Adam tak sedarkan dia yang Damia dah lama habis kelas, mesti Damia dah sampai rumah kot.

            “I’m sorry.” Ucapnya perlahan. Sangat perlahan. Hanya dia sahaja yang dengar.

            Setelah lima minit, Iskandar mengucup dahi isterinya. Dia bersedia nak bangkit nak siapkan makan malam. Biarlah hari ni dia yang ambil alih tugas memasak. Tapi langkahnya mati bila ada satu tangan mengenggam tangan kanannya.

            Iskandar pandang tangan tu sebelum berkalih pandang tuan punya tangan. Matanya jatuh pada raut wajah Damia yang terpejam. Dia nampak kelopak mata Damia bergerak-gerak sebelum mata tu terbuka perlahan-lahan.

            “Boboy..”

            Iskandar kembali seriuskan wajahnya bila dengar suara serak-serak basah isterinya yang baru terjaga. Jangan sampai kantoi, Is.

            Tangan Damia menarik kuat tangan Iskandar buatkan Iskandar jatuh terduduk betul-betul di sebelah Damia. Iskandar hanya menunggu langkah isterinya yang seterusnya. Dia nampak Damia sedaya upaya bangkit dari pembaringannya. Kepalanya disandarkan di bahu Iskandar sebelum dipeluknya tubuh sasa tu.

            Iskandar dah tak tenteram. Sehabis daya dia cuba lawan nafsunya yang mahu membalas kembali pelukan erat tu. Tapi pantas hatinya dikentalkan.

            Damia jalankan misinya. Misinya hari ni, nak goda suami dia. Dia akan pastikan Iskandar jatuh tersungkur dalam pelukannya petang ni. Tak kisahlah apa pun yang berlaku, Iskandar mesti akan tergoda dengannya.

            Tangan kiri Damia bermain-main dengan telinga kiri Iskandar. Jarinya dipusing-pusingkan di telinga itu. Nafasnya dihembus di leher lelaki itu. Sementara tangan kanannya membelai dada suaminya.

            Damia senyum nipis bila nampak sipi-sipi raut wajah Iskandar yang berubah. Bibirnya bermain dengan leher Iskandar. Baru sahaja dia nak buat love bites di leher itu, terasa tubuhnya ditolak lembut. Mati terus pergerakannya.

            Iskandar tersedar dan terus menolak tubuh itu lembut. Jemari yang bermain di telinganya turut diturunkan. Dia pantas bangkit dan tinggalkan bilik mereka. Di tangga, Iskandar menggeleng perlahan sebelum dia ketawa kecil.

            “Macam mana boleh leka ni?” Dia tampar pipinya lembut. Aishh... Langkah ke dapur kembali diteruskan.

            Sementara Damia, mendegus kuat. Kedua tangannya menumbuk tilam. Tak puas hati betul. “Macam mana godaan aku dia tak terima? Ohh my..” Rambutnya disebak ke belakang.

            Rasa nak menjerit sahajalah! Dah habis gagal misi aku. Damia rebahkan kembali tubuhnya atas tilam. Bantal diambil dan dipekup di wajah. Frustrated!


DAMIA keluar dari bilik mandi dengan kaki yang terjengket-jengket. Aih, sakitnya kaki aku ni. Ni mesti sebab berjalan jauh tadi, kan? Itulah, dah elok-elok sarung heels kat kaki pergi menggatal buka buat apa? Sekarang terimalah padahnya.

            Dia sangkut tuala di penyangkut lepastu dia duduk di katil. Matanya jatuh pada dulang yang berisi makanan dan air masak di meja sisi katil. Bibirnya ukir senyuman perlahan. “I know boboy love me so much.” Makanan tu dihidunya. Berharap masih ada bau Iskandar pada makanan tu. Hahaa..

            Damia baca doa sebelum capai sudu di tepi pinggan dan mulakan jamahannya. Tersenyum aje sepanjang dia makan tu. Bukan senang okay dapat rasa air tangan dari chef Iskandar tu. Memanjang mahal sangat nak masakkan untuk dia.

            Damia pandang pintu bilik bila dengar pintu tu terbuka dari luar. Matanya bertentang dengan mata suaminya. Ohh, aku jatuh cinta buat kali yang ke dua ratus juta pada dia!

            Nak gugur jantung Iskandar bila masuk aje bilik terus nampak isterinya. Bukan tu, tapi matanya lebih terarah pada pakaian yang disarung isterinya.

            Bersinglet merah terang, berseluar pendek paras peha dan bersanggul.

            Gila mengancam weh. Bersepai iman dia sekejap. Perlahan-lahan dia telan air liur. Lepas dah agak lama menjamah tubuh tu dengan mata, dia berjalan selamba ke bilik air. Sempat dia capai tuala mandi.

            Lepas dah bersihkan diri, Iskandar keluar. Dia bergerak pula ke almari untuk memakai baju. Lepastu dia ambil sejadah dari penyangkut dan bentangkan sejadah tu menghala arah kiblat. Songkok dicapai dan diletakkan atas kepala. Handsome dah. Lengkap sudah ciri-ciri lelaki idaman malaya.

            Damia yang sedari tadi hanya jadi pemerhati, bersuara akhirnya. “Ehh boboy.. Nak solat sekali.” Pinggan dia letak atas dulang. Tanpa minum air terlebih dahulu dia bangkit. Berjalan terjengket-jengket ke bilik air. Dah siap semua, dia sarung telekung dan berdiri di atas sejadah.

            Iskandar yang pandang dah rasa lain macam andai isterinya solat sambil berdiri dengan keadaan kakinya yang sakit tu. Dia ambil kerusi di meja solek dan letakkan di sejadah isterinya. Matanya hanya memberi isyarat supaya isterinya menurut arahannya.

            Damia sengih. Kan aku dah cakap dia caring pasal aku. Huhuu.. “Boleh lagi ni, Insya-Allah.” Jawabnya yakin. Sungguh, dia rasa boleh lagi nak berdiri. Alah solat aje pun. Masih boleh lagi nak tunaikan tanpa duduk di kerusi.

            Iskandar jungkit bahu. Kalau mereka tak lancarkan perang senyap, memang dia kerah juga isterinya suruh duduk. Dia jalankan tugasnya mengimamkan isterinya. Sekarang ni dia imamkan isteri. Mana tahu setahun dua lagi dia imamkan isteri dengan anak-anaknya pula.

            Takbir diangkat.


“BOBOY..” Damia dekatkan dirinya dengan Iskandar. Ah, dia dah fedup. Tak dapat Iskandar harini, esok lusa boleh dapat juga. Tak lari Iskandar dikejarlah, Mia. Tangan kiri Iskandar dia pegang dan gosok lembut.

            Damia senyum bila Iskandar tak menolak. Mata lelaki itu masih lagi pandang televisyen. Ha ini dia.. Mereka dah ada kat ruang tamu dah. Berjemaah menonton televisyen. Mesti tertanya-tanyakan macam mana Damia yang sakit kaki ni boleh turun anak tangga. Jawapannya, kan dia dah cakap tadi. Iskandar walaupun merajuk dan marah dengan dia, lelaki tu tetap sayang dia. Buktinya, Iskandar sendiri yang baik hati mengendong dia turun ke bawah ni. Damia sedikit pun tak minta okeh.

            “Esokkan cuti. Teman baby pergi mall, eh?” Yeahh.. Esok cuti peristiwa. Jadi waktu esok akan dimanfaatkan sepenuhnya bersama Iskandar.

           “Apa buat?” Tak ada perasaan suara itu meluncur keluar di bibir Iskandar buatkan Damia tahan senyum. Yes! Dia dah perlahan-lahan nak bercakap dengan aku.

            “Hmm adalah. Teman eh?”

            “Busy esok.”

            Damia muncung bibir. Alahh,, ish! Haih, tak apalah. Esok aku seorang dirilah ye di rumah? Tak ada peneman? Huh, iyalah.


ESOKNYA.. Damia angin satu badan. Sekarang dah pukul sepuluh malam dah. Tapi dia langsung tak nampak kesibukan seperti yang dikatakan lelaki ni semalam. Dari pagi tadi, sampai ke petang dan bawa ke malam, lelaki tu masih ada sahaja di rumah melayan komputer ribanya. Entah buat apa langsung Damia tak tahu. Lelaki tu asyik terperap dalam bilik tak menjengah dunia luar langsung. Masa makan saja dia turun bawah. Dah habis makan, dia buat kerja tak berfaedah dia tu.

            Bila sesekali Damia masuk bilik kerling skrin laptop lelaki tu, dia pura-pura buat assignment. Padahal Damia dah nampak awal-awal yang lelaki tu tengah khusyuk main permainan Plant Vs Zombies.

            Haih, sabar Damia. Sabar tu separuh daripada iman. Jangan marah-marah. Nanti cepat tua. Dia tak naklah tua sebelum usia. Nanti baru umur tiga puluh, muka dah berkedut-kedut macam umur dia dah menginjak enam puluh tahun.

            Damia jalan macam biasa walaupun kakinya sakit. Dia melangkah menuruni tangga satu per satu. Selalunya nak turun tangga tak sampai tiga puluh saat dia dah ada kat tingkat bawah dah. Tapi sekarang ni, dah nak masuk dua minit dah. Dia baru sampai ditangga kesepuluh. Ada hikmahnya juga dia sakit kaki ni. Sekurang-kurangnya, dengan kakinya yang sakit ni dia boleh kira berapa banyak anak tangga dalam rumahnya. Aiyaa.. Pelik. Tapi itulah hikmahnya.

            Damia berhenti duduk sekejap ditangga paling bawah bila dia rasa kakinya tersangat sakit. Berehat sekejap sebelum menyambung kembali langkahnya ke dapur. Tapi dia hampir jatuh di pintu menghala ke dapur. Dan nasib baik ada tangan yang menghalang dari dirinya jatuh mencium lantai.

            “Ish! Dah tahu tak boleh nak jalan sangat, pergi berjalan buat apa?” Agak keras dan tinggi sedikit tapi masih mampu dikawal suara itu keluar. Damia pusingkan kepalanya. Nak pandang wajah tu meskipun dia dah tahu siapa yang bersuara tepat dibelakangnya sambil memeluk pinggangnya.

            “Dah tak ada orang nak tolong, baby jalanlah sendiri.” Dia berpaut dengan lengan sasa Iskandar dipinggangnya. Untuk seketika Damia rasa kakinya memijak angin. Sampailah tubuhnya diletakkan semula di sofa. Dia betulkan duduk kat situ.

            “Menjawab eh.” Lagak guru disiplin Iskandar bersuara. Cuma tiada rotan kat tangan aje.

            “Boboy juga yang cakap, kalau boboy tanya baby kena jawab.” Damia tayang wajah tidak bersalahnya.

            Nampak Iskandar menggeleng. “Nak apa ni?” Soal Iskandar dingin.

            “Nak makan.”

            Iskandar bersedia mahu bangkit. Isteri aku nak makan? Eh tadi bukankah dia baru sahaja lepas makan? Aku juga yang nampak tadi. Takkan lapar balik kot? “Makan apa?” Dia tetap tanya juga walaupun dalam benaknya pelbagai pertanyaan timbul.

           Damia senyum nakal. Dia pinjam senyuman nakal yang Iskandar selalu tunjukkan padanya. “Makan boboy.” Sambil kenyit mata.

            Iskandar nak senyum tapi dia kawal. Sekarang rupanya baru nampak sifat nakal isterinya. Kalau tahulah dari dulu, dah lama dia buat rancangan gila ni. Biar sama-sama nakal. Baru sweet aje rumah tangga yang dibina.

            “Ha ha ha.. Sikit pun tak kelakar.” Iskandar masih dengan wajah seriusnya.

            “Biar ajelah baby dekat sini.” Damia dah peluk tubuh. Kecil hati bila apa yang dia cakap, suaminya langsung tak ambil serius. Aku betul nak makan kaulah malam ni. Ish!

            Iskandar jungkit kedua bahunya. Dia bangkit. “As your wish.” Berjalan tinggalkan Damia di sofa ruang tamu.


            Sementara Damia dah rasa sesak nafas. Kenapalah suami aku seorang ni masih tak faham-faham yang dia sangat perlukan lelaki tu? Ohh..

P/s: Hai awakkk.

1 comment:

  1. Besttttttt.....alahai boboy...sian kat baby...
    Dah la kaki skit.......baby la plak knakan boboy.......
    Baby jgn lyan boboy...haha

    ReplyDelete

Pendapat anda sangat saya hargai